Archive for the ‘Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih’ Category

Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

APA KATA KICKDEFELLA (http://kickdefella.wordpress.com)

Kelantan Akan Muflis: RM800 Juta Tidak Boleh Diwarisi Dari UMNO BN

2 01 2010

Maaf, saya bukan mahu membela UMNO tetapi seperti yang pernah saya tulis diblog ini sebelum ini, jangan salahkan UMNO jika kita tidak boleh kawal nafsu buas kita.

Saya ingin mengulas tajuk berita Harakahdaily yang berbunyi, “RM800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN”.

Tajuk berita dan intipati berita tersebut seolah-olah pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn Bhd dan pembatalan konsesi itu dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Pemberian kawasan balak yang teramat luas pada tahun 1964 dibuat oleh Menteri Besar PAS iaitu Dato’ Ishak Lotfi.

Manakala pembatalannya pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.

PAS telah menyertai Barisan Nasional selepas penubuhannya pasca Mageran akibat rusuhan kaum 1969. Dalam pilihanraya 1974 PAS telah bertanding seiring dengan UMNO menentang pimpinan PAS yang menyisihkan diri kerana tidak bersetuju menyertai BN. PAS menang lebih kurang 22 kerusi dan UMNO menang lebih kurang 13 kerusi (harap dapat pembaca membetulkan jumlah kerusi ini kerana saya belum dapat membuat semakan).

PAS masih dominan didalam kerajaan BN yang memerintah Kelantan. Diantara sebab pembatalan perjanjian dengan Timbermine Sdn Bhd ialah kerana rakan kongsi baru PAS didalam BN iaitu UMNO merasa amat tidak selesa dengan pemberian tanah balak seluas itu seolah-olah PAS mahu menggadai Negeri Kelantan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana antara sebabnya mereka merasakan Dato’ Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak Parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Dharurat kemudiannya diisytiharkan.

PAS kemudiannya disingkirkan daripada BN.

PAS berusaha mencadangkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar sebaliknya permohonan mereka di tolak dan satu pilihanraya negeri di panggil pada tahun 1978.

Didalam pilihanraya 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Keputusan pilihanraya itu cukup menyedihkan bila PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Menteri Besar baru, Tan Sri Muhammad Yaacob diangkat mewakili Barisan Nasional. Saya dimaklumkan satu rundingan diadakan diantara Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu dengan Timbermine Sdn Bhd yang melibatkan tanah yang kemudiannya diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk dimajukan oleh KESEDAR. Pihak Kerajaan Negeri membayar sejumlah pampasan untuk kepada Timbermine Sdn Bhd bagi kawasan tersebut.

Berhubung senario dan isu-isu menyelubungi insiden tahun 1964 hingga 1978, saya amat berharap sahabat saya, Sdr. Hj. Hydzelan dapat berkongsi dengan kita di ruang blognya kerana saya tahu beliau mempunyai maklumat-maklumat yang tepat disamping boleh menghubungi sumber-sumber kredibel, apatah lagi ayahandanya adalah salah seorang ADUN sewaktu tempoh 1974 hingga DUN Kelantan di gantung.

Manakala berhubung berhubung fakta dan rentetan kejadian demi kejadian diantara Timbermine Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah diharap pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak Timbermine Sdn Bhd sendiri dapat mengemukakannya. Rakyat Kelantan sudah pasti ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi dan lebih penting bagaimana tanah sebegitu luas di berikan kepada pihak swasta.

Semoga rakyat Kelantan dapat mengambil iktibar dari sejarah ini. Bajet tahunan Kerajaan Negeri adalah sekitar RM400 juta sahaja setahun. Perintah bayaran pampasan berjumlah RM800 juta adalah bersamaan 2 tahun bajet Kerajaan Negeri.

Kalaupun rayuan diterima dan tetapi Kelantan tetap diarah membayar pampasan dengan jumlah pampasan dikurangkan kepada RM200 juta, ia masih jumlah yang amat-amat besar bagi sebuah negeri seperti Kelantan. Dengan defisit terkumpul yang dikatakan hampir mencecah RM1 Billion, apakah Kelantan diambang kemuflisan?

Saya berharap apapun tindakan Kerajaan Negeri ianya tidak akan bersandarkan keputusan yang diusulkan oleh mesyuarat meja bulat di kediaman peribadi Menteri Besar di Pulau Melaka.

APA KATA DETIKDAILY (http://detikdaily.net)

Ekonomi gawat, Pahang akan muflis

Posted on Sunday, November 28 @ 22:18:48

TEMERLOH, : Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan,” kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.

Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.

“Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.

“Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut,” Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.

Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

“Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan,” katanya

Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa ‘kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.’

“Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan’,  benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN ‘sudah menopaus’.

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri,” selar Tuan Ibrahim.

Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.

“Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.

Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.

“Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.

Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera,” saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga  hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.

“Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga  usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.

Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih  kosong dan terbiar.

Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis,” tambah Tuan Ibrahim.

APA KATA PAHANGDAILY (http://pahangdaily.blogspot.com)

Negeri Ini Bakal Muflis Lagi,

Selepas Di Saman RM63 Juta Kini Saman RM233 Juta Pula Muncul Libatkan Dua Buah Syarikat Pembalakan!

KUANTAN – Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal “muflis” sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara “janji palsu” kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato’ Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag’n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu “ingkar janji” tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

++++++++++++++++++

Yang diungkit Kick itu cerita zaman Tok Kaduk yang membuat hutang. Dan hutangnya telah habis PAS tolong bayarkan.

Pernah pemimpin BN kata PAS mana pandai memerintah. Sekarang ALLah Taala sedang menurunkan pembalasan kepada orang yang takabbur.

Siapa mengajar menghina orang? Azmin atau Mahathir?

APA KATA UTUSAN MALAYSIA (http://www.utusan.com.my)

Azmin wajib minta maaf kepada Dr. Mahathir, rakyat Malaysia

Kuala Lumpur 5 Okt:

Pelbagai pihak hari ini mendesak calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali supaya memohon maaf secara terbuka terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tegas mereka, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak bukan setakat perlu membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi turut wajib bersemuka dengan negarawan itu bagi memohon keampunan.

Selain itu, orang kepercayaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat negara ini yang amat menyayangi dan menyanjungi Dr. Mahathir tetapi tersinggung akibat dihina oleh Azmin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin ternyata amat kecewa, sedih dan tersinggung dengan kenyataan Azmin yang menggunakan istilah ‘tersungkur’ ketika merujuk kepada Dr. Mahathir yang dirawat di Australia.

Beliau menyelar Azmin itu yang disifatkan sebagai lebih hina dan teruk daripada binatang kerana tidak tahu bersyukur dan berterima kasih terhadap sumbangan Dr. Mahathir.

“Binatang pun tahu berterima kasih apabila kita berbuat baik terhadapnya, contohnya anjing apabila kita memberinya tulang, binatang ini akan mengerak-gerakkan ekornya sebagai tanda terima kasih.

“Segala kekayaan dan kesenangan yang diperoleh Azmin kini semuanya dikaut semasa era Dr. Mahathir iaitu semasa bekerja dengan Anwar yang pada ketika itu menjadi anggota kerajaan, jadi kenalah bersyukur dan berterima kasih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengulas kenyataan Azmin kelmarin yang mengakui individu yang dimaksudkan sebagai sedang ‘tersungkur’ dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak ialah Dr. Mahathir.

Malah, Azmin dengan angkuhnya berkata, perkataan ‘tersungkur’ itu langsung tidak kasar, sebaliknya amat lunak dirujuk kepada Dr. Mahathir berikutan kedegilan beliau bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sementara itu, bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, walaupun berlainan pendirian politik tetapi Azmin masih perlu menghormati Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara.

Beliau menarik perhatian bahawa agama Islam sendiri mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain yang lebih berusia sama ada beragama Islam atau sebaliknya.

“Azmin kena ingat dulu dia langsung tiada apa-apa, Dr. Mahathirlah yang mencadang namanya supaya diambil oleh Anwar untuk bekerja dan membantunya.

“Malah saya semasa ditahan oleh kerajaan (Dr. Mahathir) bersama dengan Anwar pada 1998, tidak pernah berdendam atau memaki-hamun Dr. Mahathir kerana saya tahu jasanya terlalu besar kepada negara,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Datuk Mohd. Ali Baharom menyifatkan Azmin sebagai pemimpin ‘tidak sedar diri’ yang langsung tidak layak menghina atau mengkritik Dr. Mahathir jika dibandingkan dengan jasa dan sumbangan calon Timbalan Presiden PKR itu.

“Azmin terlalu kerdil. Orang muda ‘tidak sedar diri’ ini perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Mahathir dan seluruh rakyat negara ini. PVTM tidak boleh sampai bila-bila menerima penghinaan ini,” katanya.

APA KATA MINDA RAKYAT (http://members.tripod.com)

Dr. Mahathir lebih dahulu memfitnah Haron Din

Kenapa Dr M Fitnah Dr Haron?:

Perkara yang sepatutnya tidak jadi isu telah dijadikan isu ke atas saya. Dan ia dibuat oleh PM sendiri. Pada hemat saya tidak patutlah PM bercakap perkara macam ini. Dia menuduh saya mendakwa boleh menyembuhkan semua penyakit manusia. Dan dari situ dijadikan isu, bila saya sakit mengapa saya tidak boleh berubat sendiri? Kenapa lari ke Australia? Sedangkan yang nyatanya tidak pernah dalam hidup saya mendakwa boleh sembuhkan penyakit.

Saya bertolak daripada al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quran ada menyebut, “Bila saya sakit Allah yang menyembuh.” Dalam Hadis Nabi menyebut: “Ya Allah, kamulah maha penyembuh. Tidak sembuh melainkan dengan kamu.”

Saya tidak pernah mendakwa boleh sembuhkan penyakit, kerana itu bercanggah dengan aqidah. Tetapi PM kata saya mendakwa. Satu pembohongan ketara sewaktu saya masih hidup! Saya cabar, bolehkah beliau buktikan saya pernah menyebutnya, dan saya tawar diri untuk masuk Umno. Kalau dia betul, saya rela tidak bertanding dalam sebarang pilihan raya. Tetapi ingat! Kalau dia tidak boleh buktikan demikian, dia kena masuk PAS.

Semua itu tidak betul. Dia pembohong! Dia juga menuduh saya menjual air sejuk, sedangkan yang sebenarnya saya tidak pernah jual air sejuk, atau air jampi. Dia hantar surat kepada saya, mengatakan memang saya tidak percaya adanya dalam dunia ini manusia yang boleh menjampi pada air dan air boleh menyembuhkan penyakit. Itu statement yang ditulisnya kepada saya.

Saya jawab, bahawa yang sebenarnya dinamakan jampi itu ialah kita menuturkan kata-kata tertentu dalam bahasa yang kita faham, dari ayat al-Quran atau Hadis, dengan tujuan memohon kesembuhan daripada Allah s.w.t. Dalam istilah agama dipanggil Ruqyah.

Perkara ini pernah berlaku pada Nabi sendiri. Apabila Nabi sakit, datang malaikat Jibril kepadanya lalu bertanya: “Kamu mengadu kesakitankah wahai Muhammad?”

“Ya, saya sakit,” jawab Nabi.

“Kalau begitu saya hendak jampi kamu,’ kata Jibril.

Maka Jibril pun jampi. Ada sebuah hadis sahih Muslim yang bermaksud: “ Wahai Muhammad, aku jampikan kamu, Allahlah yang akan menyembuhkan kamu. Semua penyakit yang kamu derita daripada kejahatan hasad manusia dan sihir manusia, Allah menyembuhkan kamu.”

Dalam satu peristiwa, sewaktu Israk Mikraj, Nabi Muhammad diikuti oleh satu bebola api yang besar, yang hampir hendak menyambar baginda. Jibril bertanya: “Kamu tahukah apa itu?”

“Tidak tahu,” jawab Nabi.

“Itulah syaitan hendak merosakkan kamu,” balas Jibril. “Untuk menghalangnya bacalah jampi ini.”

Lalu Jibril mengajarkan jampi kepada Muhammad, yang kemudiannya dikenali dengan nama Ruqyah Jibril.

Sebuah Hadis daripada Aisyah r.a, juga dalam Sahih Muslim, di mana Aisyah berkata: “Tidak ada seorang sahabat yang mengadu kepada Nabi kerana kesakitan melainkan Nabi menjampi mereka dengan beberapa jampi.”

Al-Quran dalam surah Isra’ ayat 82 jelas, bahawa al-Quran penyembuh segala penyakit manusia.

Kesemua ini bukan menjadi isu. Tetapi ia diutarakan dalam kempen-kempen Umno, hingga PM sendiri dalam ucapannya ketika merasmikan bangunan tambahan Hospital Melaka, baru-baru ini, sekali lagi telah menimbulkannya. Majlis itu dihadiri oleh ribuan rakyat, termasuk pegawai-pegawai rasmi kerajaan, disamping siaran langsung televisyen yang boleh didengar oleh jutaan manusia di Tenggara Asia.

Dengan penuh bangga Dr Mahathir menyebut: Kalau sekiranya jampi itu memberi manfaat kepada manusia, panggil Haron Din datang ke Melaka, saya tawarkan kepadanya satu juta ringgit sebulan untuk dia menjampi orang-orang Melaka ini supaya sembuh semua.

Hendak mejadikan isu macam hendak menghina saya, saya hendak menjawab, kalaulah yang saya buat, jampi atau doa saya yang terkenal tadi, ianya satu pembohongan kepada masyarakat, maka maknanya ulama-ulama sebelum saya yang saya ambil daripada mereka, sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. juga pembohong, sampai Jibril juga pembohong, dan dengan sendirinya sampai kepada Allah s.w.t. Na’uzubillah …

Isu Sigah  Bukan Isu:

Dalam pilihan raya yang lepas, sewaktu pertembungan hebat Semangat 46 dengan BN tahun 1990 menampakkan kemenangan mula memihak kepada S46, sehingga Sabah mengisytiharkan bergabung dengan S46, mereka sengaja mengambil kesempatan mencari jalan mengambil gambar Ku Li memakai tengkolok Sabah, atau sigah, dan dijadikan isu sehari menjelang pilihan raya, yang tidak ada kesempatan untuk dijawab. Akhirnya kita lihat pembangkang kecundang pada tahun itu. Padahal PM juga memakai tengkolok yang sama!

Bila PM pakai tengkolok yang sama, Ku Li pakai tengkolok yang sama, apakah isunya? Mereka hanya mengheboh-hebohkan gambar Ku Li. Gambar Mahathir didiamkan, seolah-olah tidak ada. Inilah cara mereka mencipta isu, walaupun yang sebenarnya bukan isu. Kita tahu rangka-rangka yang telah mereka buat untuk memfitnahkan manusia bagi hal-hal yang tidak betul.

Semua masyarakat Malaysia sudah berpengalaman dengan isu-isu buatan seperti ini. Sepatutnya rakyat Malaysia sudah matang dan faham. Perkara yang diisukan ketika menjelang pilihan raya sebenarnya satu pembohongan. Kalau memang ada isu, dari dulu lagi sudah timbul, kerana PM sudah lama mencari isu untuk mengadakan pilihan raya.

Nyatalah sampai ke hari pilihan raya pun memang tidak akan ada isu, kecuali  pembohongan, penipuan, dan sesuatu yang sengaja diada-adakan untuk mempertahankan kebatilan mereka.

Taktik Menyerang Personaliti:

Menyerang personaliti ini bukan satu taktik baru. Dulu lagi saya sudah mengalami perkara ini. Sebelum saya masuk politik pun telah diserang, iaitu ketika saya dikenali melalui program Forum Perdana Hal Ehwal Islam, di televisyen. Serangan dibuat ketika itu dengan memberhentikan beberapa orang, yang digam sebagai personaliti TV, termasuk saya.

Alasan yang diberikan bahawa mereka ini golongan yang mementingkan keduniaan. Kononnya mereka ini meminta pembayaran wang yang begitu tinggi untuk keluar dalam satu siaran televisyen. Disebut angka sampai RM9,000 ke RM10,000 untuk satu keluaran. Ternyata serangan itu telah dinafikan oleh semua yang terlibat dengan kenyataan bersumpah. Mereka semua tidak pernah meminta walaupun satu sen.

Selepas itu bila timbul senario politik yang panas ini kesemua personaliti itu telah terjun ke dalam politik, dengan berpihak kepada parti pembangkang, kepada PAS. Maka kini serangan-serangan ke atas personaliti itu pun ditingkatkanlah.

Maka tidak hairanlah adanya serangan-serangan khusus kepada Tok Guru dan Datuk Fadzil Nor. Juga diserang habis-habisan personaliti Tuan Guru Haji Hadi, dengan dibangkitkan semula isu kafir-mengkafir dan sebagainya, dan sudah ada pun buku yang dikeluarkan khusus tentang perkara itu.

Ertinya, mereka telah menggunakan cara menyerang individu-individu dalam senario politik Malaysia. Mereka membuat cerita-cerita yang tidak baik, dan ada pula orang yang sanggup mengaku, bagi merosakkan personaliti tertentu dengan tujuan meraih keuntungan. Mereka telah gunakan beberapa orang untuk menulis tulisan-tulisan yang tidak benar. Tetapi cerita upah-upah inipun saya fikir masyarakat sudah masak, dan mereka tidak mudah ditipu lagi: Dr. Haron Din.

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Azmin dibidas tetapi hanya mengulang perlakuan yang diajarkan Dr. Mahathir.

Heboh di dada-dada akhbar, di blog terutama blog-blog pro-kerajaan bercerita tentang kenyataan Azmin Ali yang menghina Tun Mahathir. Blogger-blogger pro-UMNGOK rata-rata tidak dapat menerima kenyataan Azmin yang disifatkan sebagai biadap itu. Mereka berang apabila Dewa sembahan mereka Tun Mahathir yang sedang sakit bukannya didoakan supaya cepat sembuh, malah dihina oleh Azmin Ali.

Pada pendapat ReJaM© ada benarnya kata mereka itu, iaitu Tun Mahathir yang sedang sakit tidak sepatutnya dihina demikian rupa. Orang sedang bertarung nyawa, kita di sini menghina dia memanglah tak beradap walaupun sekadar sepatah kata ‘tersungkur’ sahaja.

Namun para penyokong Mamak Mahathir anda jangan terlupa, Mahathir pernah memfitnah orang yang sedang sakit. Orang yang sedang bertarung nyawa bukan didoakan oleh mamak Mahathir tetapi difitnah dan dihina!

Suatu masa dahulu Dr Mahathir Mohammad pernah memfitnah Dr Haron Din, beliau memfitnah Ustaz Dr Haron Din di kala Beliau sedang diserang sakit dan terpaksa berubat sehingga ke Autralia. Pada masa itu Dr Mahathir yang biasanya dianggap pemimpin bijak, mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh lagi bongok untuk memfitnah Dr Haron Din. Si mamak perasan Melayu ini berkata :

“Kalau Haron Din betul pandai ubat orang sakit? Kenapa bila dia sakit dia tak boleh ubat diri dia? Kenapa lari ke Australia?” Kata Mahathir di dalam nada yang sinis.

Mengapa ReJaM© sifatkan kenyataan Mahathir ini sebagai kenyataan yang bodoh dan bongok? Kenyataan Mahathir itu ibarat mengatakan tukang gunting rambut yang hebat perlu menggunting rambutnya sendiri apabila sudah panjang! Ataupun Dr Pakar Jantung harus membuat pembedahan jantungnya sendiri sekiranya perlu. Bangang!

Di bawah ini jawapan yang diberikan oleh Dr Harun Din pada masa itu:

Perkara yang sepatutnya tidak jadi isu telah dijadikan isu ke atas saya. Dan ia dibuat oleh PM sendiri. Pada hemat saya tidak patutlah PM bercakap perkara macam ini. Dia menuduh saya mendakwa boleh menyembuhkan semua penyakit manusia. Dan dari situ dijadikan isu, bila saya sakit mengapa saya tidak boleh berubat sendiri? Kenapa lari ke Australia? Sedangkan yang nyatanya tidak pernah dalam hidup saya mendakwa boleh sembuhkan penyakit.

Saya bertolak daripada al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quran ada menyebut, “Bila saya sakit Allah yang menyembuh.” Dalam Hadis Nabi menyebut: “Ya Allah, kamulah maha penyembuh. Tidak sembuh melainkan dengan kamu.”

Saya tidak pernah mendakwa boleh sembuhkan penyakit, kerana itu bercanggah dengan aqidah. Tetapi PM kata saya mendakwa. Satu pembohongan ketara sewaktu saya masih hidup! Saya cabar, bolehkah beliau buktikan saya pernah menyebutnya, dan saya tawar diri untuk masuk Umno. Kalau dia betul, saya rela tidak bertanding dalam sebarang pilihan raya. Tetapi ingat! Kalau dia tidak boleh buktikan demikian, dia kena masuk PAS.

Semua itu tidak betul. Dia pembohong! Dia juga menuduh saya menjual air sejuk, sedangkan yang sebenarnya saya tidak pernah jual air sejuk, atau air jampi. Dia hantar surat kepada saya, mengatakan memang saya tidak percaya adanya dalam dunia ini manusia yang boleh menjampi pada air dan air boleh menyembuhkan penyakit. Itu statement yang ditulisnya kepada saya.

http://milosuam.blogspot.com/2010/10/mahathir-terima-balasan-ambik-kau.html

++++++++++++++++++++++

Melayu mudah lupa tetapi ALLah Taala tidak pernah lupa…dan melayu itulah yang melupakan ALLah Taala.

Jom pulangkan semua gaji kerana bercampur cukai judi.

APAKATA BERRITA HARIAN (http://www.bharian.com.my)

Mamat – tidak sanggup duit judi jadi darah daging

2010/10/01

WARGA emas dan penduduk miskin yang menerima wang bantuan RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang memulangkan semula wang berkenaan kerana mengetahui peruntukan mengenainya diterima daripada hasil judi. Kerajaan negeri fikir pelahap sangatkah umat Islam di negeri itu hinggakan tergamak memberi hasil duit judi untuk membantu kebajikan umat Islam.

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Jangan… Duit Judi Haram!

Oleh Zolkharnain Abidin: Posted on Saturday, October 02 @ 18:00:00 PDT by tokdalang

Ingatan ini ditujukan kepada orang-orang Umno terutama kepada Reezal. Mudah-mudahan ingatan ini membantu Reezal dan orang Umno yang lain memastikan daging tubuh mereka sentiasa suci dan bersih daripada tumbuh dengan duit judi.

Satu – Jangan beli barang di kedai Cina kerana mungkin barangan di kedai itu dibeli oleh Cina itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM

Dua – Jangan naik teksi yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin teksi itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga – Jangan masuk pasaraya yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin Cina itu membayar sewa pasaraya itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat – Jangan hadiri rumah terbuka atau jamuan yang dibuat oleh Cina MCA kerana mungkin makanan yang dihidang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima – Jangan baiki kereta di woksyop Cina kerana mungkin peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Enam – Jangan isi minyak di stesen minyak milik orang Cina kerana mungkin bayaran minyak itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tujuh – Jangan makan buah rambutan yang diberi oleh orang Cina kerana mungkin dia membeli baja pokok rambutan itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lapan – Jangan bekerja dengan majikan Cina kerana boleh jadi dia membayar gaji dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sembilan – Jangan masuk ke rumah Cina kerana mungkin rumah itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sepuluh – Jangan berkahwin dengan anak dara Cina kerana mungkin bapanya berkahwin dengan ibunya menggunakan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sebelas – Jangan lalu di atas jalan di perkampungan orang Cina kerana mungkin jalan itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Dua Belas – Jangan guna broadband kerana mungkin biaya membangun teknologi broadband itu adalah daripada duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga Belas – Jangan makan ikan yang ditangkap oleh nelayan Cina kerana mungkin pukat yang diguna dibelli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat Belas – Jangan duduk dekat dengan orang Cina yang pakai minyak wangi takut tercium minyak wangi yang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima Belas – Pulangkan balik baki belian barang di kedai Cina kerana mungkin duit baki yang dipulangkan itu adalah duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tak gitu Ketua Penerangan Pemuda Umno yang warak lagi alim? Kenape, tak pecaye? Tanya Ketua Ulama Muda Umno. Alang-alang jadi warak, biar warak betul-betul…

http://sauhdibongkar.blogspot.com

Umno BN tidak tentang judi tapi lulus lesen

Oleh Mohd Ali Hashim: Posted on Saturday, October 02 @ 06:20:47

Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.

Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut.Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.

“Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi. Turut hadir ialah Exco Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh.

Dalam majlis tersebut juga sebanyak 200 borang pendaftaran warga emas baru bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor telah disampaikan kepada Phee untuk didaftarkan dalam sistem pendaftaran kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno jugalah yang mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam suatu ketika dahulu.

“Namun begitu, sejarah ini mereka lupa dan pinggirkan. Memang Umno mudah lupa kerana pemimpin mereka juga sering lupa akan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dalam isu sumber judi yang didakwa digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohamad membidas Umno negeri yang cuba mempolitikkan warga emas bagi kepentingan mereka.

Justeru, ujarnya dakwaan yang mengatakan warga emas menerima sumber judi dari kerajaan negeri sepatutnya diperhalusi dengan teliti dan jangan buat serangan semberono.

“Bagaimana dengan ‘sin-tax’ atau cukai dosa yang pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini. Ada soalan bagaimana wang dari sumber judi yang dikutip oleh Kerajaan Pusat seperti cukai penjualan judi, arak, rumah urut dihabiskan.

“Walaupun mereka faham dan tahu hakikat kebenarannya, tetapi Umno dan BN senantiasa menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Pulau Pinang bagi memperlihatkan kepada rakyat negeri ini bahawa PR tidak mampu untuk memimpin negeri,” tegasnya lagi.

Beliau juga menyelar Umno Pulau Pinang yang mempolitikkan isu pemberian wang RM100 kepada warga emas yang disifatkan sebagai sumber dari wang judi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno melihat kembali perlakuan mereka dalam menyalurkan wang kutipan hasil judi seluruh negara dan ke mana disalurkan wang dari punca tersebut sebelum menuduh orang lain bertindak sebaliknya.

“Inilah antara bukti terkini bahawa Umno dan BN itu sudah terdesak dan terpaksa memainkan pelbagai isu agama dan kaum supaya sokongan dapat diraih kembali.

“Saya juga yakin tindakan mereka ini adalah kerana ketakutan yang teramat sangat kehilangan kuasa berterusan yang tidak pernah diimpikan selama ini telah menjadi realiti dalam tahun 2008, kini dan selamanya,” katanya lagi.H/Daily

Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan.

Oleh Aspan Alias: Posted on Saturday, October 02 @ 08:16:09

50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian.

Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang.Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal

Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri kepada Perbendaharaan Kerajaan.

Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda?

Elok juga kita kaji berapa jumlah pendapatan kerajaan dari kilang-kilang arak seperti Guenness Stout dan minuman keras yang lain? Apa jadi kepada kakitangan Boustead Trading yang ramai-ramai itu dalam mana salah satu kegiatan syarikat tersebut adalah menjual arak dan berbagai minuman keras yang lain. Boustead Trading telah membayar Cukai jualan kepada kerajaan dan cukai korporat yang beramillion setiap tahun dan semua pendapatan ini masuk kedalam kantung kerajaan.

Elok ada pihak yang beragama yang tinggi memberikan pendapat tentang bagaimana harta rampasan yang didapati oleh tentera Islam semasa Islam berhadapan dengan peperangan seperti peperangan Badar, peprangan Khandak, peperangan Uhud dan banyak lagi peperangan yang mana Islam mendapat kemenangan dan mendapatkan harta rampasan yang dimasukkan kedalam Baitulmal?

Boleh ke Reezal Merican memberikan jawapannya mengikut sudut dan pandangan Islam? Boleh kah semua pegawai kerajaan mengembalikan kepada kerajaan segala wang gaji yang diterima mereka sejak bertahun-tahun yang lepas? Sanggupkah semua pesara-pesara yang menerima pencen memulangkan kembali wang-wang pencen mereka yang salah satu sumbernya dari kutipan cukai dari kegiatan judi?

Bagaimana pula dengan wang haram yang didapat melalui rasuah oleh pemimpin-pemimpin Melayu kita semasa berkuasa dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan?

Kalau begitu bilakah Daim Zainuddin akan memulangkan wang yang beliau kumpulkan selama ini? Bila pula Mirzan akan mengembalikan wang yang tidak dihalakan oleh rakyat yang beliau ambil dari PETRONAS melalui anak syarikat Petronas untuk menyelamatkan beliau menjadi bangkrap? Jumlah yang diambilnya melebihi 1 billion ringgit.

Kenapa Mufti-Mufti tidak memberikan jawapan sebenar tetapi sebaleknya membiarkan isu itu dijadikan isu politik oleh pihak yang sudah bangkrap politik? Sahibul Samahah Mufti-Mufti pun menerima gaji dari sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya adalah dari kutipan hasil judi.

Isu yang ditimbulkan oleh ‘budak’ Reezal ini betul-betul tindakkan yang bodoh dan tidak mempunyai modal yang sesuai untuk dijadikan isu politik. Kalaupun hendak mengambil alih kerusi Pak Lah diKepala Batas takkanlah menggunakan isu sebodoh itu untuk menarik perhatian.

Beginikah jenis dan rupa pemimpin yang hendak kita berikan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu P Pinang? Mungkin dengan memberikan kepercayaan kepada ‘budak’ seperti ini adalah satu lagi perjudian yang besar untuk bangsa kita.Saya berharap Reezal tidak tunjukkan sangat ketololan beliau dikhalayak ramai.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

+++++++++++++++++

Kah kah kah

Siapa yang tak tahu nak asingkan duit judi dari duit halal.

APA KATA UMNO (http://umno-online.com)

Guan Eng Memang Lidah Bercabang!

siapa-lidah-biawakKUALA LUMPUR 26 Sept. – Pengakuan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu telah mendedahkan pembohongan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengakuan berkenaan bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu sebelum ini yang menafikan sama sekali wang judi digunakan untuk tujuan berkenaan.

”Sebelum ini Guan Eng menyifatkan kita sebagai munafik kerana membuat tuduhan tidak benar dan nampaknya beliau yang sebenarnya mempunyai sifat sedemikian,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Guan Eng dalam laman sosial Twitter semalam bahawa pihaknya menggunakan dana sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, wang itu hanya digunakan untuk membantu penduduk miskin tegar bukan Islam.

Kelmarin, Reezal Merican mendedahkan surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob yang dihantar kepada Pengurus Besar kelab itu, Leow Khin Ming bagi mengesahkan baki sumbangan RM500,000 sudah diterima oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, beliau dimaklumkan bahawa Guan Eng telah membuat pengakuan terbaru hari ini bahawa keseluruhan sumbangan daripada kelab berkenaan adalah sebanyak RM2 juta.

Katanya, penduduk kaum Melayu negeri itu tidak lagi percaya dengan jaminan terbaru Guan Eng bahawa wang hasil judi hanya diberikan kepada bukan Islam dengan alasan wujud akaun berasingan untuk tujuan itu.

”Sejak awal lagi beliau telah berbohong dan tidak mustahil dia juga akan berbuat demikian berhubung dakwaan wujud dua akaun berasingan,” katanya.

”Sejak awal lagi beliau telah berbohong dan tidak mustahil dia juga akan berbuat demikian berhubung dakwaan wujud dua akaun berasingan,” katanya.

Tambah Reezal Merican, golongan bukan Islam di negeri itu juga sudah pasti akan merasa terhina apabila mendengar pengakuan Guan Eng bahawa wang yang diterima mereka adalah hasil perjudian.

Mengulas isu sama, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim meragui dakwaan Guan Eng bahawa wujud pengasingan dana bagi membantu miskin tegar orang Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa tidak wujud pengasingan akaun kewangan seperti yang didakwa itu sebaliknya ia hanya kenyataan terdesak Ketua Menteri itu bagi menutup kesilapan yang telah dilakukan.

”Saya ingin mengingatkan Guan Eng bahawa orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya sudah bijak berfikir dan tidak akan menerima bulat-bulat segala apa yang diperkatanya,” kata beliau.

Tambah beliau, kepimpinan Pas di negeri itu seharusnya menasihatkan Setiausaha Agung DAP berkenaan mengenai soal halal dan haram bagi mengelaknya meneruskan perbuatan yang menghiris hati umat Islam di negeri itu.

Sementara itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus berdolak-dalik apabila mengelak untuk membuat sebarang ulasan mengenai tindakan DAP menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Nik Aziz yang ditemui di pejabatnya di sini hari ini hanya menjawab ‘tidak tahu’ mengenai tindakan DAP itu sebelum berlalu.

Nik Aziz yang ditemui di pejabatnya di sini hari ini hanya menjawab ‘tidak tahu’ mengenai tindakan DAP itu sebelum berlalu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar pernah menyokong tindakan Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak, April tahun lalu.

Beliau turut mempertahankan Elizabeth Wong apabila gambar separuh bogel anggota Exco Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tersebar pada umum, malah menyifatkannya sebagai pencerobohan peribadi.

Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan ‘tazkirah’ tanpa menutup aurat di ruang solat Surau Al-Huda pada bulan lepas.

Hari ini, akhbar melaporkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP, Lim Guan Eng yang mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu peruntukan untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

APA KATA BULETIN ONLINE (http://www.buletinonline.net)

Kerajaan BN tuduh Pulau Pinang guna hasil judi , Sedang Hasil Judilah Yang Membayar Gaji & Elaun Penjawat Awam!!

Ini adalah fakta-fakta asas. Malaysia memiliki kasino, telah mengeluarkan lesen perjudian kepada Pengendali Nombor Ramalan (numbers forecast operators – NFOs) dan juga lesen untuk mesin judi ‘jackpot’ di pelbagai kelab. Ada juga kelab lumba kuda (turf club) yang menawarkan pertaruhan.

Pendapatan dari kegiatan perjudian dimasukkan ke dalam Dana Konsolidasi (Consiladated Fund) yang ditadbir oleh Jabatan Perbendaharaan.

Malaysia juga merupakan negara Islam, menurut kerajaan campuran yang berkuasa, Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2008, Tan Sri Vincent Tan, Ananda Krishnan dan orang-orang di belakang Magnum 4D membuat sumbangan politik untuk ahli politik UMNO untuk Pilihanraya 2008.

Para ahli politik UMNO gembira menerima wang itu dan mengagih-agihkannya kepada para pekerja politik dan para pengundi dengan cara upah dan cenderahati.

Hari ini para ahli politik yang sama cuba untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Pulau Pinang kerana dipercayai menggunakan dana dari lumba kuda untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan, yang memberikan RM100 tahunan untuk warga emas di negeri itu.

Kemunafikan ini memuakkan dan memualkan!

Para ahli politik UMNO cukup senang menerima berjuta-juta ringgit wang perjudian, cukup senang menerima percutian berbayar di Mediterranean, memperolehi peruntukan saham, namun terus memberitakan dan meuar-uarkan tentang menggunakan pendapatan ‘tidak bersih’ tersebut untuk tujuan amal.

Ini bermula dengan Ketua Penarangan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tuntutan yang dibuat di Blog Pisau.net, yang mendakwa bahawa bayaran tahunan RM100 bagi warga negara emas kononya, dibiayai melalui pendapatan hasil pertaruhan.

Reezal juga mendakwa ‘khabar angin’ mencetuskan ketidakselesaan kepada beberapa penerima wang, terutama mereka yang Muslim.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyertai keributan tersebut kemarin, beliau mengatakan bahawa umat Islam tidak mahu dikaitkan jika wang judi digunakan untuk program terbabit

“Kami ingin jawapan dari Lim. Jika wang tersebut hasil dari sumber yang dilarang, umat Islam tidak boleh mengambil bahagian, “katanya kepada wartawan di Pagoh.

Halus kata-kata dari pemimpin BN. Namun fakta cabaran mereka dilemparkan pada kerajaan Pulai Pinang.

Pengerusi Jawtankuasa Agama Pualau Pinang Abdul Malik Abul Kassim mendakwa bahawa tuduhan yang dibuat dalam blog dan oleh Pemuda UMNO, adalah “khayalan”, tidak berdasarkan fakta dan dibuat dengan niat buruk.

Dana tersebut, katanya, adalah hasil langsung dari tindakan berjimat cermat pentadbiran negeri Pulau Pinang dan pematuhan terhadap prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan transparansi (competency, accountability and transparency-CAT), yang membolehkan Pulau Pinang menjimatkan RM20 juta untuk program kesejahteraan.

“Dari peruntukan itu, kita telah menghabiskan sebanyak RM10.7 juta dan kita masih memiliki jumlah tambahan RM9.3 juta untuk meneruskan program untuk warga emas di negeri Pulau Pinang.

“Hal ini telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa ‘wang ihsan’ (Pulau Pinang) tidak dari sumber perjudian. Ia datang dari hasil pendapatan dari simpanan kami, juga kutipan dari sumber-sumbeR lain – bukan dari judi.

“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen perjudian. Hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk melakukannya, “kata Malik.

Mungkin BN dan rakyat Malaysia seluruhnya perlu diberi peringatan kepada pihak yang telah menaja aktiviti sukan negara, olahragawan dan olahragawti bertahun-tahun lamanya, ia bukan dari pengurus aset negara Khazanah Nasional Berhad atau UEM tetapi dari syarikat-syarikat judi seperti Bejaya Sports Toto Berjaya dan Empat Nombor Ekor (Magnum 4D).

Empat Nombor Ekor (4D Magnum) menyokong dan membiayai Alex Yoong di tiga perlumbaan Formula Satu tahun 2001 untuk pasukan Minardi, memulai kempennya di GP Itali, menjadikan Alex Yoong sebagai pemandu F1 pertama Malaysia.

Untuk menambah fakta penghinaan keatas hasil perjudian yang diperkatakan, ketahuilah, Jabatan Perbendaharaan telah menaikkan duti (cukai) pertaruhan (pool betting duty) untuk pengendali judi nombor ramalan (numbers forecast operators-NFO) dari 6% menjadi 8% berkuatkuasa pada Jun 2010 (duti judi adalah berdasarkan hasil jualan kasar selepas ditolak cukai pertaruhan 8%).

Menjadikan Dana pendapatan kerajaan Malaysia meningkat dan hasil itulah yang membantu untuk membayar gaji dan elaun para penjawat perkhidmatan awam negara ini serta anggota Kabinet.

Inilah cara terbaik untuk memberi ingatan kerajaan BN ketika menuduh musuh politiknya menggunakan hasil judi untuk kebajikan, sedang BN sudah lama melakukan hal yang sama. Jangan berjudi dengan kebodohan rakyat.

Kerana Rakyat kini tidak lagi sebodoh kerajaan BN!

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Umno En Reezal Merican

Posted on Tuesday, September 28 @ 07:56:10

En Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat.  Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi. Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan? Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda UMNO begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi;

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sosial

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya. Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti UMNO, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih

++++++++++++++++++

Lim Guan Eng dan Pengerusi Majlis agama dah kata yang diberikan kepada umat Islam…Pekak badak ke depa…Tu jawaban Timbalan Menteri Kewangan tak baca ke?

Kemana duit kutipan judi kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Malaysia.

APA KATA PISAU (http://www.pisau.net)

Gempar! Wang Ehsan 100 ,Warga Mas Makan Duit Judi?

Blog ini pernah mendedahkan bagaimana pihak kerajaan negeri dibawah ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memperbodohkan warga mas dengan bermodalkan RM100.

Penerima harus mendaftar sama ada sebagai ahli DAP atau pun penyokong pakatan barulah diberi pengiktirafan’ RM100. Malah tindakan mereka yang menjerit semasa ucapan Guan Eng amat jelas warga mas menyedari tindakan Guan Eng cuba membeli mereka dengan harga Rm100.

Wang kerajaan negeri iaitu wang rakyat berjumlah RM7.5 juta ditabur untuk membeli pengaruh,memberi wang kepada warga mas adalah baik,tetapi niat dan keikhlasan mereka boleh dipertikaikan kerana,mereka mengunakan atas nama DAP bukan dari kerajaan negeri,sekarang ini duit kerajaan negeri ditabur dikatakan sumbangan dari DAP,suatu hari nanti semua duit kerajaan negeri pula akan dikatakan duit DAP. Selanjutnya klik sini

Pisau turut mendedahkan bagaimana dengan bermodalkan RM100 pihak DAP dan pakatan membuat profiling pengundi.

Bayaran ini baru untuk 2 bulan. Bayangkan kalau setahun dengan mengambil kira 180k sebulan, jumlah semua 2.16 juta dan ditambah dengan 7.5 juta hampir 10 juta dibelanjakan kemudian peruntukan ini telah ditingkatkan kepada 15 juta oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh .

Mengapa Pisau kata ia adalah salah satu taktik memperolehi undi dan berniat untuk membuat profile pengundi. lihat borang pendaftaran dibawah.

Apa perlunya borang penghargaan ini terdapat ruangan nombor pendaftar pemilih?kemudian terdapat ruangan kawasan Parlimen dan DUN. Selanjutnya sini

Pembayaran dibuat mengunakan wang dari akaun amanah kerajaan negeri,kantong wang akaun amanah kering kontang setelah pembayaran pertama dibuat yang berjumlah hampir RM15juta.

Pisau dapat rasakan pasti akan ada masaalah selepas kerajaan negeri kekeringan wang dari akaun amanah untuk digunakan sebagai wang ehsan kepada warga mas.

Dalam usaha memperbodohkan warga mas,pihak DAP berjaya mengutip puluhan ribu maklumat warga mas dengan hanya bermodalkan RM100. Warga mas di negeri Pulau Pinang diperbodohkan kononnya ia adalah hasil ehsan kerajaan negeri yang berjaya menghapuskan rasuah maka wang lebihan dikembalikan kepada rakyat.

Cara Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri berbohong dan berlagak bagaikan Robin Hood,mencuri wang kerajaan negeri untuk kepentingan DAP kemudian menabur pula kepada rakyat rata rata dari mereka sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan wang.

Wang sumbangan pada satu ketika telah kehabisan,akaun amanah kering.Kemudian secara tiba tiba Phee Boon Poh mengumumkan kononnya pengkalan data yang menyimpan maklumat warga mas diserang oleh hackers(pengodam).

Kali ini kencingnya makin kuat dan membusuk di seluruh pelosok negeri.Mereka beranggapan semua orang bodoh dan senang diperkotak katikan apabila mendakwa pembayaran wang ehsan kepada warga emas tergendala kerana kehilangan data akibat perbuatan hackers atau pun pengodam internet.

Petikan dari The Star:

Hackers delay payout for 18,000 senior citizens

GEORGE TOWN: The RM100 payment due to 18,000 senior citizens by mid-May has been delayed by a month as the computer system of the state government’s appreciation programme for senior citizens was hacked early this month.

State Welfare, Health, Caring Society and Environment Committee chairman Phee Boon Poh said the affected senior citizens are those who had gone overseas and those whose vouchers were returned by the banks due to technical errors when the money was handed out last month.

Pihak kerajaan negeri terpaksa menangguhkan pembayaran dan membuat helah kononnya mempunyai masaalah akibat dari perbuatan khianat.

Untuk pengetahuan anda ketika itu mereka sedang berusaha mendapatkan dana dari pelbagai pihak sebab itulah pembayaran terpaksa ditangguhkan.Banyak pertemuan diadakan disekitar Georgetown,adakalanya perbincangan dibuat diatas KOMTAR.

Barangkali mereka berjaya mendapatkan bantuan kewangan.Setelah puas melobi dan bertemu dengan beberapa tauke besar.Maka mereka berjaya mendapatkan dana diatas sumbangan dari hasil judi.

Kemungkinan sumbangan diberikan oleh kongsi gelap dan tauke judi , DAP seringkali dikaitkan dengan underworld seperti mana Ronnie Liew yang menjadi caretaker kongsi gelap di Selangor.Justeru adalah tidak mengejutkan sekarang ini di Pulau Pinang bercambah pusat maksiat bagaikan tumbuh selepas hujan kerana mendapat sokongan kerajaan DAP . Adalah menjadi amalan biasa buat DAP menerima sumbangan daripada kongsi gelap atau pun hasil judi haram.

Diberitakan dana yang diterima mampu untuk menyelesaikan masaalah mereka untuk meneruskan agenda membeli warga mas.Daripada itu barulah timbul untuk memberi sumbangan selain daripada RM100 untuk warga mas dan tambahan RM1000 kepada mana mana waris yang meninggal dunia.

Kepada yang bukan Islam adalah tidak menjadi masaalah untuk menerima wang dari hasil judi.Tetapi bayangkan ahli keluarga anda menerima wang tersebut.Buat yang beragama Islam wang dari hasil judi adalah haram dan tidak boleh sama sekali dibelanjakan atau dimakan.

Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri yang berlidah biawak memberikan wang haram kepada Ibu dan ayah anda . Tindakan seperti ini tidak boleh diterima. Tambahan wang hasil judi digunakan untuk perbelanjaan pengebumian jenazah Islam.

Adakah anda sanggup menerima penghinaan sebegini rupa.Wang judi digunakan untuk membeli maruah orang melayu dinegeri Pulau Pinang.

Sudahlah dilembukan ketika membuat sumbangan ditokong tokong(melayu dilembukan klik sini,kemudian dihalau dari kampung kampung,gerai melayu dirobohkan.Kini warga mas yang tidak bersalah dipergunakan maruah mereka dengan wang dari hasil judi.

Bayangkan wang hasil judi diserahkan ketika bulan ramadhan di dalam surau dan masjid. Begitulah teruknya warga mas dipergunakan untuk tujuan politik gampangan DAP.

Sebenarnya adalah tidak menjadi masaalah jika ketua menteri ini benar benar berniat ikhlas untuk menyumbangkan wang ehsan kepada warga mas.Pisau sudah semestinya bersetuju kerana yang mendapat faedah adalah warga mas dinegeri ini.

Tetapi memandangkan cara dan niat jahat serampang dua mata, si bangsat ini benar benar memperbodohkan warga mas dan umat Islam.Ingatlah ketua menteri paling celaka dalam sejarah di negeri ini seorang akauntan buruk yang cukup mahir bermain dengan angka angka bombastik.

Adalah tidak menjadi masaalah buat beliau untuk berbohong sekali lagi dengan mengunakan kepakaran sebagai akauntan untuk bermain dengan angka angka.Malah kerja Guan Eng menjadi mudah apabila mengunakan khidmat anjing anjing suruhan daripada PAS yang akan sentiasa menjaga dan menyalak bila bila masa atas arahan Tuan Besar DAP .

Rakyat Pulau Pinang tak habis habis dibohongi Ketua menteri paling celaka dalah sejarah negeri. Lidah biawak ini bohong kemudian menjawap tuduhan dengan pembohongan.Itulah cara beliau melepaskan diri. INGAT!

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Saja nak tanya Reezal Merican – ke mana hasil cukai arak, judi dan babi..

Oleh Syed Imran: Posted on Monday, September 27 @ 22:00:00 PDT by paktam

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh ‘memperjuangkan’ untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak  kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai ‘cek’, iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark ‘press statement’. Cek memang tera.

Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit  tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ….. jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

http://kudaranggi.blogspot.com/

APA KATA DETIKDAILY (http://detikdaily.net)

Warak, Duit Judi Dan Duit Saman Ekor

Oleh Zolkharnain Abidin: Posted on Monday, September 27 @ 23:00:00

Menurut Guan Eng, 90 peratus orang miskin tegar di Pulau Pinang adalah Melayu. Mereka diberi bantuan tetapi bukan dengan duit judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Umno.

Guan Eng kata, dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kepada orang Islam. Maksudnya, kalau duit itu pernah diterima sekali pun, ia tidak disalurkan kepada orang Islam.Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang wujud semenjak entah bila. Pada zaman BN kuasai Pulau Pinang pun kelab itu sudah wujud. Umno pun tahu perkara itu

Di utara semenanjung, orang Islam tahu mengenai kelab itu semenjak mereka kenal ‘Kalendar Kuda’. Itulah kalendar yang tergantung di rumah, sekolah, pejabat bahkan kadang-kadang di masjid pun ada.

Sampai sekarang pun kalendar itu masih ada. Samada ada kalendar itu dikeluarkan oleh kelab itu atau bukan, yang mustahak kalendar itu tetap ada jadual judi lumba kudanya. Menariknya, aturan kalendar itu adalah tepat termasuk tarikh hariraya orang Islam.

Zaman BN perintah Pulau Pinang dulu pun ada orang miskin tegar juga. Ada Islam dan bukan Islam. BN juga memberi sumbangan kepada mereka. Persoalannya, BN ambi duit mana?

Semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, tidak pernahkah kerajaan BN menerima duit daripada kelab lumba kuda itu?

Mustahil tidak pernah. Kalau duit kelab itu diterima pada zaman ini, tentu juga diterima oleh kerajaan sebelum ini. Kalau sumbangan kelab itu pernah diterima kerajaan BN, kemana duit itu digunakan? Adakah duit itu ada akaun berasingan?

Adakah tidak mustahil, kerajaan terdahulu juga pernah memberi sumbangan duit judi kepada orang miskin tegar zaman itu? Mungkin pada masa itu Reezal belum sedar, atau belum warak lagi atau belum teringat nak kata apa-apa sebab Pulau Pinang diperintah BN.

Ketua Penerangan Pemuda Umno ini macam kucing. Dia warak di depan orang. Di depan Guan Eng dia bukan main warak lagi. Mengapa dia tidak sewarak itu di hadapan Najib atau Muhyiddin?

Pernah atau tidak Reezal mempersoalkan Najib yang ‘sebat’ duit saman ekor? Mengapa Reezal tidak mempersoalkan duit saman ekor yang dikutip oleh kerajaan Najib, halal atau haram? Atau, sekurang-kurangnya sybubhat. Orang warak tak ambil duit syubhat.

Orang yang kena saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah. Mereka adalah tertuduh. Tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Beban pembuktian terletak kepada pendakwa bukan tertuduh. Semua orang asalnya adalah bersih dan bebas daripada kesalahan.

Dalam kes saman ekor, tertuduh didenda sebelum dibuktikan bersalah. Adakah Najib sedar bahawa mendenda orang yang belum terbukti bersalah adalah suatu kesalahan?

Kalau orang yang didenda itu tidak bersalah bagaimana? Najib patut tahu bahawa tersilap membebaskan orang bersalah adalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang tidak bersalah.

Justeru, adakah duit saman ekor yang terkumpul berjuta ringgit itu adalah halal? Kalau duit itu digunakan untuk memberi gaji polis, adakah polis menerima duit halal? Reezal pernah persoalkan perkara ini?

Tentulah ia tidak akan dipersoalkan kerana perkara itu dibuat oleh Najib. Reezal tidak perlu warak di hadapan Najib kerana dia kenal siapa Najib. Bukan setakat Najib, Rosmah pun naik hairan kalau Reezal tunjuk warak di hadapan mereka.

Dia hanya perlu tunjuk warak di hadapan Guan Eng kerana kalau dia tidak tunjuk warak di hadapan Guan Eng, kepada siapa lagi dia nak tunjuk warak. Nak tunjuk warak depan si dia itu dan itu?

+++++++++++++++++

Pisau tak bongkar ke duit judi yang kerajaan kutip dari Genting? Apakah duit itu tak digunakan untuk membayar gaji kakitangan Islam.

Nak menulis tengok-tengoklah beb.

Air oh air.

APA KATA UTUSAN MELAYU (http://www.utusan.com.my)

Isu air Selangor libatkan kepentingan negara, rakyat.

ARKIB : 14/07/2010

KUALA LUMPUR 13 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, isu bekalan air di Selangor yang beliau bangkitkan kelmarin bukan untuk membantu kroni atau pihak tertentu tetapi ia melibatkan soal kepentingan rakyat dan negara.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu kerajaan Selangor lebih rasional berhubung isu tersebut kerana kegagalan mereka bekerjasama dengan kerajaan Pusat menyelesaikan masalah bekalan air akan menyebabkan negeri berkenaan dan Wilayah Persekutuan bakal berhadapan krisis air paling teruk.

Menurutnya, jika perkara itu berlaku, ia juga akan menyebabkan negara turut dilanda masalah kekurangan air yang amat hebat kerana ia melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

”Kita tahu Selangor merupakan pusat industri bagi negara dan begitu juga dengan Wilayah Persekutuan yang menjadi pusat perniagaan.

”Jika benar krisis air berlaku dalam tempoh dua tahun lagi, cuba kita bayang apa yang akan berlaku pada masa itu. Industri kita boleh runtuh, perniagaan kita juga boleh runtuh dan lebih penting lagi rakyat kita akan menderita. Adakah ini yang kita mahukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan sukan sekolah-sekolah ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa gesaannya dua hari lalu supaya masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan diselesaikan segera bertujuan melindungi kepentingan kroni Barisan Nasional (BN).

Abdul Khalid berkata, ia dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, untuk melindungi Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Rozali Ismail yang juga Bendahari UMNO Selangor dan Hulu Selangor.

Isu itu mula dibangkit oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, kelmarin.

Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menegaskan, isu yang dibangkitkan itu tiada mengena dengan soal parti atau politik tetapi semata-mata berkaitan dengan kepentingan negara secara keseluruhan.

”Ini bukan soal politik UMNO atau politik apa tetapi kita hendak mengelakkan berlaku masalah air pada masa akan datang. Jika kontang, siapa yang susah. Sudah tentu saya, Abdul Khalid, anda semua rakyat dan industri akan susah. Mungkin pada masa itu kita susah hendak minum.

”Semua orang mungkin terpaksa bertayamum. Kita sebenarnya mahu kerajaan Selangor lebih bijaksana, amanah dalam menguruskan masalah ini. Mengenai syarikat pemerosesan air, mereka mempunyai perjanjian dan kontrak yang perlu dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, punca masalah yang dihadapi itu adalah disebabkan janji kerajaan Selangor yang memberikan bekalan air percuma kepada rakyat seperti yang pernah mereka janjikan pada pilihan raya lalu.

”Percuma memanglah percuma tetapi akibatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kos kepada syarikat pembekal air setiap bulan dan sekarang mereka terpaksa bertahan bagi menunaikan janji tersebut.

”Jika satu hari nanti tidak dibayar, akhirnya syarikat pengeluar air terpaksa menanggung kerugian dan yang akan menjadi mangsa adalah kita semua, rakyat semua.

”Saya kira rakyat tidak akan marah jika mereka membayar bekalan air asalkan operasinya tidak terjejas tetapi mereka akan lebih marah sekiranya bekalan air tidak sampai kerana air adalah keperluan asas kita,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan sesiapa sahaja menubuhkan pertubuhan asalkan ia untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.

”Nak kata Chinese Perkasa ke, Malay ke, Indian Perkasa, sesiapa sahaja boleh tubuhkan,” katanya ketika mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah Perkasa Cina ditubuhkan.

APA KATA TRANUNGKITE (http://www.tranungkite.net)

Dua minggu Raya tanpa air di Terenggau

Berita Oleh amkns: Posted on Sunday, September 26 @ 09:00:00 PDT

Utusan Malaysia 26 Sep 2010:

MARANG 25 Sept. – Sebanyak 10 keluarga di Kampung Batangan dekat sini dibelenggu keresahan sejak sekian lama akibat krisis bekalan air yang meruncing.

Seorang penduduk, Jusoh Mamat, 68, yang merupakan seorang pesara kerajaan, berkata, setiap awal pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi, dia terpaksa menadah bekalan air paip di rumahnya untuk diisi ke dalam beberapa tong sebagai simpanan keperluan harian.

“Bayangkan kehidupan kami dan keluarga lain di sini yang sengsara kerana tak ada bekalan air paip mencukupi sejak enam tahun lalu. Betapa azabnya hanya kami saja yang rasa, lebih baik tak ada elektrik daripada tak ada air.

“Lebih sedih, anak-anak serta cucu sudah lama tak bermalam di rumah ini kerana tidak cukup bekalan air untuk urusan seharian,” katanya.

Jusoh sebelum bersara tinggal bersama keluarga di Dungun dan kemudian berpindah menetap di Kampung Batangan pada 1984 sehingga sekarang.

“Sejak enam tahun lalu kami tak dapat bekalan air paip secukupnya, kami tak akan lupa pengalaman paling teruk ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, seminggu sebelum dan seminggu selepas raya langsung tak ada air paip,” ujarnya.

Seorang anaknya, Khairul Anuar berkata, aduan mengenai masalah itu sudah banyak kali disampaikan kepada pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. tapi sehingga kini masalah tersebut belum selesai.

Beliau berharap pihak berkenaan bertindak segera bagi menangani masalah itu demi memenuhi keperluan penduduk di situ.

APA KATA LABUAN.NET (http://www.labuankini.net)

Isu Air – UMS-KAL, KML Terjejas Teruk!

02 Januari 2010

” Perkara ini tidak dijangka, dan kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasinya” – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal.

“Kita mungkin kehilangan pelabur hanya kerana belakan air sering terganggu di Labuan” – DPMM Labuan, Yussof Mohammad.

Namun apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kedatangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ke Labuan kerana khabar mengenai kesukaran mendapatkan bekalan air di dua IPT di Labuan, UMS-KAL dan Kolej Matrikulasi sudah tersebar luas, sehingga Gerakan Mahasiswa Sedar (melalui Mahasiswakini) membuat gesaan agar Ahli Parlimen Labuan memandang serius perkara ini. Pelajar-pelajar KML dikatakan pernah terpaksa pergi ke gereja kampung berdekatan untuk mandi.

Masalah kekurangan bekalan air di Labuan berpunca daripada kekeringan dua daripada tiga empangan simpanan air di Labuan. Bekalan air di Labuan dijangka akan pulih sepenuhnya pada hujung tahun 2010, apabila saluran paip air dari Beaufort Sabah siap sepenuhnya.

APA KATA HARAKAHDAILY (http://www.harakahdaily.net)

Khir Toyo patut malu bercakap isu air Selangor

SHAH ALAM, 2 Ogos: Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni.

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Katanya, kerajaan BN yang dipimpin oleh Khir telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).

“Dr Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibatnya, kata beliau Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika kerajaan negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat.

Begitupun, katanya kerajaan negeri sentiasa merai pandangan pelbagai pihak berkaitan pentadbiran dan dasar-dasar termasuk dasar pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

“Apa yang penting bagi kerajaan ialah akhirnya rakyat Selangor yang layak, dapat menikmati hasil dari dasar dan ketetapan tersebut. Ini tidak terkecuali di dalam mencari jalan terbaik mengenai permasalah air di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, takyat Selangor berhak untuk mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam hal tatacara mentadbir negeri ini.

Oleh itu, ujarnya kerajaan negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar.

“Kerajaan Persekutuan harus melihat perkara ini dengan serius apabila membincangkannya di dalam mesyuarat kabinet Rabu ini,” ujarnya.

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri juga langsung tidak gentar dengan ugutan saman mahkamah RM1 bilion yang dilakukan oleh Syabas walaupun mereka mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri sentiasa membuka pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Syabas di atas kegagalannya memenuhi perjanjian konsesi dengan penuh tanggungjawab yang telah mengakibatkan kerugian tidak kurang dari RM8 billion.

Kerajaan negeri, ujarnya lagi akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni.

“Kita yakin rakyat Selangor menyokong  penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” ujarnya lagi.

++++++++++++++

Anak toyol sedut darah…anak T&$o sedut air.

Siapa melayu, siapa bukan melayu dan siapa bukan keturunan melayu mengaku melayu.

APA KATA UMNO (http://umno-online.com)

Nik Aziz Kufur Nikmat !

Oleh: TG AZMAN TG ABAS

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai golongan yang tidak bersyukur kerana “mengkritik”  kejadian Allah s.w.t  yang telah menjadikan beliau di kalangan orang Melayu yang tidak sepatutnya keluar daripada “lidah” seorang  pemimpin yang dicanang oleh penyokongnya sebagai ulama.

Aktivis UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, Nik Aziz seolah-olah tidak bersyukur dengan anugerah Allah itu apabila mengatakan beliau tidak berbangga berbangsa Melayu.

Menurut beliau, sebagai orang Islam, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya bersyukur dengan apa yang diciptakan itu dan menjadikan anugerah berkenaan ke arah yang lebih baik dan bukannya mewujudkan satu keadaan yang boleh memecah-belahkan  umat Islam hari ini.

“Dari sudut agama, kita sepatutnya “Qanaah” iaitu kita kena menerima seadanya apa yang diciptakan oleh Allah dan bukannya mengkritik ciptaan tersebut. Daripada tindak tanduk Nik Aziz ini, saya melihat beliau tidak bersyukur dengan ciptaan berkenaan.

“Mereka yang tidak bersyukur ini kita panggil sebagai kufur nikmat. Saya rasa Nik Aziz tahu tetapi disebabkan politik melampau, beliau sanggup berbuat demikian dalam usaha menarik sokongan rakyat. Itu sahaja. Masyaallah,”

“Mereka yang tidak bersyukur ini kita panggil sebagai kufur nikmat. Saya rasa Nik Aziz tahu tetapi disebabkan politik melampau, beliau sanggup berbuat demikian dalam usaha menarik sokongan rakyat. Itu sahaja. Masyaallah,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

Datuk Zainal seterusnya mengajak Nik Aziz agar bermuhasabah dan meneliti ayat Al-Quran di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Tegas Zainal lagi, apa yang berlaku kepada Nik Aziz menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan apa yang ada pada diri beliau.

“Keluhan beliau hari ini memberi jawapan kepada umum kenapa beliau memilih jalan songsang dengan berjuang di dalam parti Pas. Rupa-rupanya beliau tidak bangga  jadi bangsa Melayu. Inilah manusia yang kufur nikmat namanya,” katanya. – MediaUMNO

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Nik Aziz Kehilangan Melayu?

Oleh Zolkharnain Abidin: Posted on Friday, September 24 @ 22:52:47

Nik Aziz Kehilangan Melayu? Orang Melayu jadi Melayu, sama sahaja dengan orang Cina jadi Cina atau orang India jadi India. Tiada siapa berhak untuk memilih bangsa yang dia inginkan. Kalau seseorang itu tidak mahu jadi Melayu pun, dia tetap Melayu jika ibu bapanya adalah Melayu. Begitulah seterusnya.

Adakah salah seorang Melayu tidak mengaku bahawa dia orang Melayu? Atau, adakah salah seorang Cina mengaku dia adalah Melayu atau seorang Siam mengaku dia adalah Cina?

Tidak mahu jadi Melayu atau Siam atau Cina atau India, tidak sama dengan tidak mahu jadi seorang Muslim.

Kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Melayu”, pada hal dia adalah Melayu, adakah wujud implikasi hukum di situ?

Tetapi kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Muslim,” padahal dia adalah seorang Muslim, di sini wujud implikasi hukum. Sekurang-kurangnya dia berdosa besar kalau pun tidak menjadi murtad tanpa mengira apa bangsanya dan di mana dia berada.

Kenapa manusia tidak dibekalkan keupayaan untuk memilih bangsa? Mengapa Nabi kita berbangsa Arab dan dia menjadi Nabi kepada semua bangsa?

Manusia dibekalkan keupayaan untuk memilih jalan hidup dalam beragama. Nabi diutuskan dan kitab diturunkan untuk membimbing manusia memilih agama bukan memilih bangsa. Kenapa?

Adakah manusia diberi nikmat di akhirat atau menghadapi kehidupan sengsara di sana kerana bangsa?

Syurga bukan untuk Melayu dan neraka bukan untuk Cina, atau syurga bukan untuk Arab dan neraka bukan untuk Melayu. Syurga dan neraka bukan ditentukan dengan bangsa tetapi dengan agama.

Melayu, Cina, India, Siam, atau apa sahaja, darahnya merah. Bumi mereka adalah sama. Langit mereka adalah satu. Udara mereka adalah sejenis. Bahkan Tuhan mereka juga adalah satu, Allah.

Justeru, apa bezanya antara mereka? Bezanya ialah sama ada mereka menyembah Allah atau tidak. Itulah penentuan muktamad sama ada mereka ke neraka atau ke syurga.

Adakah Melayu akan tetap ke syurga walau pun tidak menyembah Allah atau Cina akan tetap ke neraka walau pun menyembah Allah? Adakah begitu?

Huh, jijik benar apabila sampai kini Umno masih meratib Melayu, Melayu, Melayu…

Saya, anda, dia, mereka, Nik Aziz tetap Melayu walau pun kita tak suka Melayu. Kita bukan Cina walau pun kita berkawan dengan Cina. Nabi kita tetap orang Arab walau pun dia menjadi rasul kepada orang Melayu, Cina, India dan semua sekali.

Habis, mengapa kita pening-pening bimbangkan Melayu? Adakah hanya orang Melayu sahaja yang ada Islam?

Adakah kita lupa bahawa ada Cina Muslim, India Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim? Kalau Melayu tidak mahu kepada Islam, banggakah kita menjadi Melayu?

Nik Aziz betul apabila dia berkata dia tidak bangga jadi Melayu. Sesiapa sahaja yang berkata begitu adalah betul jika Melayu tidak punya Islam.

Tapi, bagaimana pula dengan kandungan perlembagaan bahawa seseorang itu dikira Melayu hanya jika dia beragama Islam? Jawapannya ialah, bagaimana pula dengan orang yang berbangsa Melayu tetapi keluar daripada Islam?

Hilangkah Melayunya? Adakah dia akan masuk syurga dengan Melayu itu atau dengan apa?

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

APA KATA MALAYSIANUNPLUG (http://malaysianunplug.blogspot.com)

Dr. Mahathir was Reminded of His Indian/”Mamak” Roots

Jumaat 20 Jun 2008 Friday, June 20, 2008

Dari Malaysiakini (Google translate)

MIC deputy president G Palanivel told off Tun Dr. Mahathir Mohamad ” to remember his own (Indian/Mamak) roots

(MIC naib presiden G Palanivel berkata off Tun Dr Mahathir Mohamad “untuk mengingati sendiri (India / Mamak) akar”)

Palanivel is referring to the fact that Mahathir’s forefathers are from South India in Kerala state.

(Palanivel adalah merujuk pada fakta yang nenek moyang Mahathir berasal dari India Selatan di negara bahagian Kerala)

Mahathir was born and named as Mahathir s/o Iskandar Kutty @Mahathir Mohamed. Mahathir’s father, ( Iskandar Kutty ) was a school teacher of Indian origin, specifically Malayalee (people who speak Malayalam , not to be confused with Malay), having migrated from the southern state of Kerala , while his mother was a Malay

(Mahathir lahir dan dinamakan sebagai s Mahathir / o Iskandar Kutty @ Mahathir Muhammad, Mahathir. Ayah (Iskandar Kutty) adalah seorang guru sekolah asal India, khususnya Malayalee (orang-orang yang berbahasa Malayalam , tidak boleh disamakan dengan Melayu) , selepas berhijrah dari bahagian selatan negara bahagian Kerala, sementara ibunya adalah seorang Melayu)

APA KATA BUDAK BALUN (http://budakbalun.blogspot.com)

Guan Eng mengaku Cina, tapi mamak mengaku UMNO!

Teman memang sampai bila-bila takkan setuju dengan ISA..

Sebab tu teman sanggup kena hambat dengan Polis dan FRU masa demo anti ISA tahun lepas!

Tapi kalau dah demo sampai bakar-bakar patung pemimpin, sampai maki-maki dan mencarut!

Ini Apa kes?

Mana dia FRU yang bukan main gagah hayun cota kat KL selalunya?

Mana Polis-polis yang bukan main setia tutup jalan-jalan KL sampai traffic jammed 20-30 km?

Yang palin heran apa Polis Penang buat? Kena ikat ‘anu’ dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Kalau benar siapa yang bayar gaji Polis? Bapak Najib Tun Razak? Tapi bapak dia dah mati?

Kalau rakyat Malaysia buta hati dan jiwa lagi teman tak tau laa..

Terang-terang demo (anjuran UMNO sebenarnya) ini amat merbahaya dan sangat-sangat berbaur perkauman!

Belum sudah kes PA Najib hina Kaum Cina dan India (dia kata Cina datang jadi pelacur, India datang minta sedekah) kat Melaka, dah bakar-bakar gambar pemimpin berbangsa Cina di Penang.. Adusss!!!

Secina-cina Guan Eng, dia tak mengaku dia orang melayu..

SeIndia-india Gobalakrishnan, dia tak mengaku dia orang Melayu..

Semelayu-melayu Zambry dan Azeez, depa tak mengaku depa tu mamak!!!

++++++++++++++

Eeeh…beghapa banyak melayu daa?

Emak Cina bapa melayu anak dikatakan melayu…emak melayu bapa cina anak juga dikatakan melayu…Apakah jika berlaku di negara Cina anaknya akan dikatakan cina pulak?

Pelik sungguh bangsa melayu ni.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.