Gila talak

APA KATA AGENDA DAILY

Macam orang ‘ gila talak’

Hebat…memang hebat aksi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Masalahnya cuma setakat hebat buat kecoh sajalah.Ada yang kata tak ubah macam orang ‘ gila talak’ gara-gara hilang kerusi Menteri Besar dan kerajaan pimpinannya.

Sebenarnya ramai yang berharap untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri Perak Selasa berlangsung secara berhemah berbeza dengan yang diwarnai oleh aksi mengarut para ADUN pembangkang masa dua sidang sebelum ini.

Namun Nizar & geng 27 ADUN pembangkang nampaknya seperti orang yang sudah tidak idea lain kecuali buat kecoh dan kecoh – mungkin untuk menjolok rakyat Perak agar tidak mudah lupa – mereka pernah pernah perintah negeri itu setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas insiden sidang DUN itu mempersoalkan nilai moral pemimpin pembangkang.

“Apakah mereka tiada nilai moral yang agak tinggi. Apakah itu menunjukkan lemah pendirian mereka atas soal prinsip seperti ini. Perkara ini sepatutnya boleh dinilai oleh rakyat,” katanya.

Katanya perbuatan pembangkang itu menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati sistem kehakiman negara yang sebelum ini, membuat keputusan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri berkenaan.

“Perkara ini seharusnya tidak timbul lagi. Mereka harus menghormati ketertiban dalam DUN. Bila speaker kata berhenti…jangan buat.

“Apa jua pangkat, jawatan dalam dewan, kita sama saja. Kita kena patuh. Jadi bila dia tak mematuhi, kita ada hak mengambil tindakan untuk menyingkirkan… mengeluarkannya.

“Sepatutnya dia menghormati sistem demokrasi berparlimen…kita ada undang-undang. Apakah ini membuktikan Pakatan Rakyat memang tidak akan menghormati keputusan mahkamah?,” soalnya semasa bercakap dengan wartawan selepas satu mesyuarat di Putrajaya Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menilai aksi pembangkang itu gara-gara usaha untuk menutup malu.

Katanya rancangan pakatan pembangkang di sidang DUN untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa pembentangan usul perbekalan tambahan akan menambah jumlah defisit dalam Bajet 2010 sebanyak RM104 juta gagal.

Menurutnya niat buruk pembangkang yang diketuai Nizar untuk menghentam kerajaan BN atas alasan Perak akan berada dalam keadaan defisit yang sangat kritikal, tidak kesampaian apabila beliau membuktikan Perak akan mencapai bajet seimbang bagi tahun 2010.

“Mereka terkejut kerana perbelanjaan tambahan itu langsung tidak ‘mengusik’ rizab sebanyak RM800 juta yang dimiliki kerajaan negeri. Oleh itu rancangan mereka untuk menjatuhkan (kredibiliti kerajaan) tidak menjadi kenyataan.

“Maka mereka terpaksa mengalih perhatian dengan menjadikan sidang DUN semalam sebagai pentas ceramah politik,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Ipoh Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Speaker Datuk R Ganesan yang mengarah keluar dan menggantung Mohammad Nizar daripada menghadiri sidang DUN semalam kerana mencetuskan kekecohan dan berkelakuan haru-biru.

Zambry berkata sangkaan pembangkang bahawa kerajaan negeri akan menyebabkan Perak mencatatkan rekod defisit tertinggi dalam sejarah ternyata meleset setelah pembentangan sumber perbelanjaan tambahan RM80 juta bagi bajet 2010 dibuat semasa sesi soal jawab.

Katanya kesemua ADUN pembangkang dilihat mempamerkan rasa terkejut apabila diberitahu sumber perbelanjaan itu adalah daripada lebihan perolehan hasil sebanyak RM117 juta yang berjaya dikutip kerajaan negeri sehingga 31 Julai lepas.

Beliau meminta wakil rakyat pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri tanpa disokong fakta yang benar.

“Kita tidak berbohong apabila kita bentangkan bahawa kerajaan negeri memperoleh lebihan pendapatan sebanyak RM117 juta. Angka ini direkodkan dan ia melibatkan wang rakyat,” katanya.

Zambry berkata selain mengamalkan pengurusan kewangan yang cekap, lebihan pendapatan itu adalah pendapatan luar jangka yang diterima kerajaan negeri hasil bayaran premium tanah oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat.

Ketika membentangkan usul perbekalan tambahan 2010 di sidang DUN semalam, Menteri Besar berkata RM30 juta daripada RM80 juta perbelanjaan tambahan yang dipohon akan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat manakala RM50 juta lagi bagi pelaburan menambah hasil negeri.

Perolehan tambahan yang berjaya dikutip itu juga akan digunakan kerajaan negeri untuk menghapuskan RM23.8 juta defisit yang diunjurkan dalam Bajet 2010.- 4/8/2010

APA KATA DETIK DAILY

WFAUZDIN NS:

NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah’ beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor.

Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap?

Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri’ apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat?

Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah?

Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka.

Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya’ Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate’ di Selangor.

Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis.

Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka.

Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno.

NAZREE YUNUS:

Ezam begitu keras dalam dakwaannya untuk menyahkan Anwar Ibrahim daripada menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Apa dosa Anwar pada rakyat Selangor? Ini yang perlu Ezam jelaskan.

Tuduhan lanjutan Ezam adalah dengan menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah alat dan perkakas Yahudi. Apakah ini benar? Bagaimana pula dengan hubungan Kerajaan di bawah Najib Tun Razak dengan APCO? Bayaran RM 77 juta kepada APCO itu apa? Ini Ezam tidak jelaskan

Saya lebih berminat untuk berbahas dengan Senator Ezam tentang isu integriti. Apakah amukan Ezam di Selangor ini ada kaitannya dengan integriti dan anti rasuah. Jika ini persoalannya, lebih baik kita berhujah dengan mauduk ini.

Saya kira landskap Politik Baru adalah politik hujah dan nilai. Maka mungkin Senator Ezam bersedia berhujah berbanding sekadar hanya berceramah dalam Kempen Selamatkan Selangor. Kita boleh berhujah daripada siapakah yang mahu kita Selamatkan Selangor? Apakah faktanya? Siapa yang terlibat? Mungkin ini lebih baik dalam mencelikkan rakyat dengan K-Politic. Benarkah hujah Ezam ataupun ini satu lagi dendangan retorik Senator Ezam.

Nanti kita akan tahu, apakah benar Ezam bersama UMNO kerana prinsip atau apa?.

++++++++++++++++++

Siapa sebenarnya yang gila meroyan ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: