Kawin dua dan video lucah

APA KATA BERITA HARIAN:

Kes liwat Anwar: Ding dong berterusan…Lepas hubungan intim…timbul kahwin dua pula

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang Isnin menolak permohonan Karpal Singh agar Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif dipanggil bagi keterangan berhubung dakwaan kononnya mereka ada hubungan intim.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah buat keputusan itu kerana ia tidak relevan dengan prosiding kes.

Setelah gagal hal itu,ada kalangan hadirin di dalam mahkamah terkejut dan tertawa bila dengar Karpal Singh nak fail pula affidavit pertikai integriti seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria kerana didakwa baru kahwin isteri kedua di Thailand.

Dakwanya beliau melakukan kesalahan dibawah undang-undang syariah cuba mengesahkan perkahwinan itu di Kota Bharu.

Maka baginya Timbalan Pendakwa raya itu tidak layak mengendalikan kes liwat itu.

Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof membantah kerana ia tidak ada kena mengena dengan kes liwat ini.

“Buat kali pertama saya bercakap… kami tidak boleh membenarkan pembelaan terus melambatkan perbicaraan ini. Kita tidak boleh melihat semata-mata kepentingan tertuduh. Kita harus melihat kepentingan pengadu serta orang awam,” katanya.

”Adakah dengan berkahwin sekali lagi di Thailand bermaksud Hanafiah seorang yang tidak jujur.Hanafiah menjawab notis usul berlandaskan apa yang beliau ketahui dan bukannya seperti Anwar yang memfailkan notis berdasarkan apa yang dia dengar,” katanya lagi.

Hakim kemudiannya menolaknya dengan berkata, ” samaada Hanafiah kahwin dua atau dimana tidak relevan dengan kes ini”.

Mohd Hanafiah ialah salah seorang anggota pasukan pendakwa yang membuat affidavit menafikan maklumat kes bocor kes ekoran dakwaan adanya hubungan antara Saiful-Farah.

Namun begitu Karpal tetap hendak failkan afidavit untuk pertikai kredibiliti Mohd Hanafiah.

Sementara itu ketika sambung bicara permohonan buang kes kerana dakwaan adanya hubungan intim itu,Mohd Yusof memberitahu dalam pasukan pendakwa Farah cuma menjalankan kerja-kerja am dan menaip saja dan tidak terlibat dalam menentukan strategi pendakwaan atau boleh mempengaruhi kes.

Katanya Farah cuma masuk sebagai anggota pasukan pendakwa pada 20 Januari,2010 sedangkan laporan polis dan perubatan Saiful sudah diketahui umum sejak tahun 2008 lagi.

Beliau menegaskan intregriti pihak pendakwaan tidak terjejas sekalipun mereka ada hubungan.

Ini,katanya kerana Farah tidak boleh membocorkan maklumat maupun berfungsi menyoal saksi.

APA KATA DETIKDAILY:

Video Lucah Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia ?

Posted on Tuesday, August 03 @ 22:36:15 PDT by tokdalang

Oleh MesraPolitik

“Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof mengakui sendiri, yang paling menghantuinya ialah apabila beliau dikatakan beraksi dalam VCD lucah, mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya. Katanya dalam satu pertemuan dengan Agendadaily hari ini.

Ketika ditanya oleh Agendadaily, adakah beliau berpendapat bahawa mungkin beliau tidak dilantik oleh Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah dan beberapa gosip lain?

Katanya,”Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything.”

Bila ditanya, bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucahnya disebarkan?

“Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube…

“Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

“Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.

Kenapa selama ini beliau berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini? Tanya Agenadaily lagi terhadap semua fitnah terhadapnya, termasuk VCD kes lucah ini.

“Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah. Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?”

Menurutnya lagi, setakat gambar superimpose mukanya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Dia sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah dia buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepadanya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak. Jelasnya.

“Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja.” Demikian pengakuannya dalam Agendadaily.(AK)

+++++++++++++++++

Hua ha ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: