Nak saman kena saman.

APA KATA UTUSAN MALAYSIA:

Suara Keadilan akan tetap disaman

KUALA LUMPUR 28 Jun – Felda akan tetap menyaman akhbar Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah biarpun ia mendapat kritikan daripada pemimpin parti itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda telah pun melantik peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

Menurut beliau, selain Suara Keadilan, beberapa pemimpin PKR dan pembangkang juga telah disenaraikan untuk diambil tindakan sama.

“Saman tetap saman. Ia akan diteruskan dan Felda telah lantik peguam. Senarai mereka yang akan diambil tindakan undang-undang juga telah ada.

“Tunggulah. Saya akan umumkan dalam satu sidang akhbar Rabu ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Gabungan NGO Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri terus memperhebatkan pemantauan ke atas akhbar-akhbar yang dikeluarkan parti-parti pembangkang bagi mengelakkan penerbitan yang berunsur fitnah dan tohmahan melulu terhadap kerajaan.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan KDN memanggil editor Suara Keadilan berhubung laporan akhbar rasmi PKR itu mengeluarkan artikel yang mendakwa Felda bankrap, amat dialu-alukan bagi membendung kenyataan fitnah daripada meresapi pemikiran orang ramai.

“Kalau diikutkan memang banyak kenyataan berunsur fitnah yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar suara pembangkang ini tetapi yang kita lihat tiada tindakan yang benar-benar tegas diambil,” katanya.

APA KATA DETIKDAILY:

Felda disaman lebih 700 peneroka

Posted on Monday, August 09 @ 00:00:00 PDT by tokdalang

Oleh Taf4

“Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM15 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa “wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit”.

Menurut Sivarasa, ia didakwa berlaku dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit sejak 2008 di mana Felda didakwa menggunapakai kadar 16 sehingga 19 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus – seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

+++++++++++

Hu hu…Felda nak saman Siasahdaily dan Suara Keadilan…Peneroka pulak saman Felda…Hu hu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: