Selamatkan Selangor.

APA KATA AGENDADAILY.

Noh Omar, Khir Toyo, Ezam tidak ada pergeseran

Dakwaan pembangkang bahawa pergeseran berlaku antara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Senator Ezam Mohamad Nor adalah tidak benar.

Ini dibuktikan apabila ketiga-tiga mereka berada di atas pentas yang sama untuk berceramah sempena “Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan” di Kampung Jalan Kebun di Klang yang merupakan acara penutup kempen Umno yang berakhir awal pagi tadi.

Dalam ceramah masing-masing, Noh dan Dr Khir menjelaskan mereka tidak ada masalah sesama sendiri apatah lagi mereka adalah dari kampung yang sama dan dakwaan pembangkang itu adalah untuk mengadu dombakan mereka berdua.

Ezam pula berkata ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau memang rapat dengan Noh dan Dr Khir sejak dahulu lagi semasa beliau menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami,” katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen Barisan Nasional (BN).

Bernama melaporkan beliau berkata Noh dan Dr Khir adalah antara pemimpin-pemimpin Umno yang memujuknya pulang ke pangkuan Umno selepas beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Laporan satu portal berita sebelum ini berkata terdapat desas-desus persaingan antara Dr Khir dan Noh dalam merebut jawatan Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini dan pada masa yang sama Ezam diberikan tugas utama untuk mengetuai kempen Selamatkan Selangor ini.

Noh berkata kehadiran mereka bertiga menunjukkan mereka bertiga mempunyai matlamat dan perjuangan yang sama tidak seperti yang digembar-gemburkan dalam fitnah pembangkang.

Beliau berkata kempen ceramah Umno yang bermula sejak 23 Julai lepas mendapat sambutan bukan sahaja daripada penyokong BN tetapi rakyat Selangor pada keseluruhannya.Noh berkata kempen itu akan diberhentikan sempena bulan Ramadan ini dan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.Semasa Ramadan ini bahagian-bahagian Umno telah diarah untuk mengadakan aktiviti-aktiviti pengisian pada bulan puasa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.-9/8/2010

APA KATA DETIKDAILY.

Selamatkan Selangor dari Umno.

Oleh Roslan SMS

Kebelakangan ini Umno Selangor kelihatan sibuk menganjurkan program yang mereka kenali sebagai roadshow gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan? Dianjurkanlah ceramah di sana-sini, dengan pendekar mereka seperti Ezam Md Nor, Zahid Md Arip selain Noh Omar dan lain-lain bergilir-gilir bersyarah menghamburkan fitnah dan kata nista kepada musuh-musuh politik mereka. Selamatkan Selangor dari apa?

Sedangkan pada 8 Mac lalu rakyat di Selangor khasnya bangkit memenangkan calon-calon PKR, DAP dan PAS kerana mereka sudah bosan dan hilang harapan pada Umno. Umno pincang, Umno rasuah, Umno gasak harta dan kekayaan negeri, lantas Umno dan BN ditendang keluar angkara kemarahan rakyat!

Tiba-tiba hari ini tak sampai 29 bulan, Umno seolah-olah bagaikan malaikat mengajak rakyat mengangkat mereka kembali. Barangkali rakyat Selangor ini sudah lupa, sudah mengampunkan dosa mereka.

Juga, tak tahulah jika sesiapa ada ambil pusing. Atau memang rakyat Selangor pun sudah tidak ambil pusing langsung. Ke mana rakan-rakan Umno di Selangor? Takkanlah kerja nak gulingkan Pakatan Rakyat di Selangor hanya kerja Umno? MCA, MIC, Gerakan mana? Atau memang mereka sudah cedera parah dan tak bangkit-bangkit lagi?

Mahukah rakyat Selangor bersama mengharungi gelombang Umno itu?

Kalau dari raut wajah Noh Omar dan Ezam pada siri-siri ceramah mereka, seakan Pakatan Rakyat sudah hampir tumbang di Selangor…..esok entahkan Noh entahkan Ezam bakal jadi MB…………

Sewajarnya PR Selangor perlu beri perhatian pada tindak-tanduk Umno itu, tetapi yang lebih utama adalah bekerja memperkemaskan jentera dan turun ke bawah bertemu rakyat. Tak mengapalah Umno mahu seronok-seronok pukul curi sana-sini, tetapi kekuatan kita perlu dipertingkatkan dan jentera perlu terus diperkemaskan.

Baru-baru ini buat pertama kali di Selangor, pimpinan Penerangan ketiga-tiga parti peringkat Selangor telah bertemu dengan wakil-wakil jentera penerangan parti seluruh Selangor dalam sebuah majlis bengkel penerangan PR Selangor. Beberapa isu berhubung PR Selangor dibincangkan dan dibengkelkan termasuklah bagaimana cara menambah-baik sistem “delivery” penerangan Selangor agar rakyat terus bersama PR dan menolak BN.

Ternyata hubungan mesra antara jentera penerangan ketiga-tiga parti sudah jelas terjalin, ini diperhatikan sepanjang bengkel dan bagi saya ini jugalah diterjemahkan dalam hubungan sesama PR seluruh Selangor sejak ketiga-tiga parti menguasai negeri bertuah ini.

Umno boleh ghairah menaruh cita-cita dan impian untuk merampas kembali negeri ini, itu hak mereka. Tetapi selagi ketiga-tiga parti boleh duduk bersama, mesra bekerja bagi mempertahankan kemenangan ini dengan jujur dan ikhlas……….Noh dan Ezam boleh terus main gelombang, tetapi kesannya jauh tak mencecah minat rakyat.

Kerajaan PR Selangor akan terus kukuh kerana ia dibina atas kehendak rakyat. Ia dibina oleh mereka yang menghargai dan menghormati kehendak dan kebajikan rakyat. Ia mungkin baru tetapi ia tidak pernah dalam tempuh memegang amanah ini menodai apa lagi menyalah-guna kepercayaan yang diberi rakyat.

Dari angka-angka penganalisa dan pengkaji politik yang diperolehi oleh PR Selangor penerimaan rakyat terhadap kerajaan ini semakin meningkat, ini sekaligus menunjukkan yang serangan “senapang-senapang angin” Noh, Ezam dan rakan-rakan itu sekadar jolokan-jolokan kosong sahaja, namun tidak harus dipandang ringan.

Agenda utama sekarang adalah bekerja…….biarlah mereka dipukul gelombang mereka sendiri.

++++++++++++++

Siapa yang gila meroyan yang nak kena selamatkan?

2 responses to this post.

  1. Posted by othmanmokri on Oktober 15, 2010 at 9:44 am

    terima kasih kerana aku dapat kongsi pandangan saudara

    Balas

  2. othmanmokri,

    Apa yang tertera di blog ini adalah semata-mata copy dari laman web dan blog pro kerajaan dan pro Pakatan Rakyat.

    Maka pembaca boleh manilai dan menimbang, dan seterusnya dapat memikirkan yang mana lebih baik dan lebih wajar.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: