Malaysia ada perlembagaan baru.

APA KATA AGENDADAILY

17/8/2010

Sekadar renungan…

Rasanya boleh agak siapa punya angkara.Namun kerana Tan Sri Harussani Zakaria masih mahu merahsiakan puak yang nak buat perlembagaan baru ganti Perlembagaan Persekutuan untuk menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam …biarlah ia menjadi bahan renungan dulu.

Serius memang cukup serius kalau mengambil kira sampai Mufti Perak itu dipetik akhbar Utusan Malaysia Selasa sebagai berkata ia boleh mencetuskan ‘peperangan besar’ di negara ini kalau didedahkan.

Nampaknya dalam mengidam hendak tawan Putrajaya ada puak yang merasa segalanya boleh digadai sewenang-wenangnya.

Peliknya puak ini macam konfiden saja orang Melayu boleh beri undi bagi menjayakan usaha merombak perlembagaan yang sedia ada.

Ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru Harussani ini.Ada yang bertanya sampai begitu sekali ke?

Pastinya ada juga puak yang menyindir Harussani nak main politik segala macam.

Sebagai seorang mufti tentunya beliau dapat menilai sendiri maklumat yang diperolehinya kalau sudah guna kata-kata ‘ peperangan besar’.

Sekilas pandang apa yang didedahkan Mufti Perak ini sudah ‘ melangkau sempadan’.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri menyifatkan dakwaan Harussani sebagai perkara yang perlu dipandang serius.

“Ini isu yang cukup besar dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya Isnin.

Rupanya tsunami politik Mac 2008 sudah membuatkan ada puak berangan pelik-pelik nun jauh sekali.

Apapun jangan tunggu lama-lama Tan Sri…sebut saja…mari kita sama-sama tengok siapa yang kena.-

APA KATA DETIKDAILY

Mufti Perak Perlu Dedahkan Perlembagaan Baru!

Posted on Wednesday, August 18 @ 08:15:30 PDT by paktam

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Pas mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan  Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat

1)      Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

2)      Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 1

3)      Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

4)      Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.

Pas berpandangan sekiranya  Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat  di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

Pas mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis

Prof Aziz: Tidak logik dakwaan wujud ‘perlembagaan baru’

Posted on Wednesday, August 18 @ 23:40:54 PDT by tokdalang

KUALA LUMPUR, Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya.

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

“Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi,” kata Aziz dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini.

“Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?” soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.

Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

++++++++++++

Siapa PENDUSTA ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: