Meja kayu lebih mengerti cara berdamai dari seorang Profesor.

APA KATA REPUBLIKA, INDONESIA.

Pertemuan Kinabalu Dinilai tidak Perlihatkan Ketegasan RI

Smaller  Reset  Larger: Selasa, 07 September 2010, 06:03 WIB

REPUBLIKA.CO.ID,JAKARTA–Guru Besar Hukum Internasional Fakultas Hukum Universitas Indonesia Hikmahanto Juwana mengatakan hasil pertemuan Kinabalu tidak memperlihatkan ketegasan pemerintah Indonesia. “Sebagaimana diprediksi hasil pertemuan Kinabalu tidak menghasilkan sesuatu yang signifikan bagi Indonesia. Hasil pertemuan masih menenggang Malaysia sebagai negara tetangga dan bangsa serumpun. Tidak terlihat ketegasan dan kelugasan dari pemerintah Indonesia,” katanya dalam siaran pers yang diterima ANTARA, Selasa.

Menurut dia, pertemeuan tersebut tidak menghasilkan penyelesaian masalah yang ingin didengar oleh masyarakat. Ia mengatakan, pertemuan Kinabalu dianggap signifikan, apabila memenuhi keinginan Presiden dalam pidatonya di Cilangkap tentang percepatan dan penuntasan perundingan perbatasan.

Selain itu, menurut dia, adanya permintaan maaf dari pihak Malaysia atas penangkapan petugas KKP oleh Marine Police Malaysia di wilayah kedaulatan Indonesia dan perlakuan atas petugas KKP ketika `dimintai keterangan` oleh Otoritas Malaysia sebagaimana diharapkan oleh publik Indonesia.

Dalam JCBC (joint commission for bilateral cooperation) di Kota Kinabalu, Malaysia, Senin, Indonesia dan Malaysia sepakat mempercepat penyelesaian perbatasan laut dan yang masih sengketa dan akan mengadakan empat pertemuan hingga Desember 2010. “Kedua Menlu RI dan Malaysia akan bertemu lagi di sela-sela sidang umum PBB pada minggu ketiga September 2010. Selain itu telah dijadwalkan perundingan perbatasan tingkat teknis ke-16 dan 17 masing-masing pada tanggal 11-12 Oktober 2010 di Malaysia dan 23-24 November 2010 di Indonesia,” kata Menlu Marty Natalegawa bersama mitranya Anifah Aman dalam jumpa pers bersama di Kota Kinabalu, Senin.

Kedua Menlu akan bertemu kembali, ujr Marty, pada pertemuan JCBC pada bulan Desember 2010. “Jadi akan ada pertemuan intensif mengenai penyelesaian perbatasan laut yakni dua kali pertemuan teknis dan dua kali pertemuan Menlu hingga Desember 2010,” kata Marty.”Kami cukup puas dengan hasil perundingan di Kota Kinabalu karena menghasilkan empat jadwal pertemuan yang akan mempercepat penyelesaian batas-batas laut antara Indonesia-Malaysia yang masih sengketa di Selat Malaka, Selat Singapura, Laut China Selatan dan di Selat Sulawesi,” katanya.

Selain menghasilan jadwal perundingan, kedua negara sepakat untuk penerapan SOP (standard operating procedure) dan ROE (rule of engagement) bagi para petugas terkait di lapangan untuk mencegah terulangnya insiden serupa terjadi pada saat mendatang.

Sementara itu, Menlu Malaysia Anifah Aman mengatakan, dalam kaitan ini, kedua negara telah menyepakati agar unsur sipil kedua negara yaitu badan koordinasi keamanan laut (Bakorkamla) dari Indonesia dan agensi penguatkuasa maritim Malaysia (APMM) dimasukkan dalam struktur “general border committee” (GBC) yang sudah ada. Penyempurnaan SOP dan ROE semakin penting mengingat proses perundingan akan memakan waktu yang tidak singkat.

Anifah juga mengatakan perlunya ada sistem informasi yang dapat dan cepat mengetahui asal kapal nelayan di tengah laut sehingga aparat keamanan laut dapat memberikan peringatan lebih dahulu sebelum mereka melanggar wilayah kedaulatan negara tetangga.”Juga diperlukan pertemuan intensif antar petugas keamanan laut kedua negara agar saling mengenal lebih dekat dan terbangun hubungan baik sebagai kedua negara bertetangga dan serumpun,” ujar Anifah.

Red: Krisman Purwoko

APA KATA BERITA HARIAN, MALAYSIA

Sepakat jaga hati

Oleh Veena Rusli: 2010/09/07

KOTA KINABALU: Rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di sini semalam, mencapai matlamat apabila kedua-dua negara bersetuju supaya pihak berkaitan memberi perhatian serius terhadap sensitiviti yang boleh mengguris perasaan kerajaan dan rakyat negara berjiran.

Mesyuarat dimulakan dengan pertemuan empat mata antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatan dari Indonesia, Dr Marty M Natalegawa, kira-kira jam 3 petang, disusuli mesyuarat delegasi Malaysia-Indonesia bermula jam 3.45 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang.

Pada sidang media bersama kedua-dua pemimpin itu, Anifah berkata, Malaysia dan Indonesia komited ke arah mencari penyelesaian beberapa isu berbangkit dengan kedua-dua pihak sepakat mengambil pendekatan diplomasi ke arah meningkatkan keakraban dua negara berjiran.

Menyifatkan isu yang dibincang pada pertemuan itu sebagai bukan urusan biasa, beliau menegaskan, Malaysia akan mengkaji semula Prosedur Piawai (SOP) dalam menangani isu membabitkan sempadan maritim dengan Indonesia bagi mengelak kejadian 13 Ogos lalu berulang.

Saya ingin menjelaskan bahawa layanan diberi kepada mereka tidaklah seburuk yang disiarkan segelintir media, justeru kami bersetuju pada masa akan datang pihak berkuasa berkenaan di kedua-dua negara akan memberi perhatian serius kepada sensitiviti yang boleh mengguris perasan kerajaan dan rakyat, katanya pada sidang media bersama di Hotel Le Meridien di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian 13 Ogos lalu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dijadikan iktibar kepada kedua-dua negara supaya lebih berhati-hati dan mencari pendekatan terbaik dalam menangani isu atau keadaan sensitif demi menjaga hubungan baik yang lama terjalin.

Menyedari kejadian itu menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati di kalangan pihak tertentu di Indonesia, Anifah berkata, Malaysia memutuskan bahawa penguat kuasa Indonesia yang ditangkap pada masa akan datang tidak akan digari atau dipakaikan baju banduan.

Berikutan beberapa demonstrasi dan ancaman keselamatan yang ditujukan kepada kedutaan dan rakyat Malaysia di Indonesia, saya dan Marty memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia dan rakyat Indonesia di Malaysia dijaga demi manfaat bersama.

Dalam hal ini, saya juga menyuarakan supaya Kementerian Luar Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan penunjuk perasaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman harta serta pegawai di kedutaan terjamin, katanya.

Hubungan Malaysia-Indonesia diseret ke kancah kontroversi berikutan tindakan Polis Gerakan Marin (PGM) menahan tiga penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu kerana didakwa memasuki perairan negara.

Kejadian berkenaan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan segelintir rakyat Indonesia hingga mendorong kepada pelbagai aksi yang menjejaskan keharmonian negara berjiran termasuk membakar Jalur Gemilang dan kegiatan kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mengapikan semangat Ganyang Malaysia.

Sementara itu, Marty berkata, episod yang menguji keakraban hubungan Malaysia-Indonesia itu memberi banyak pengajaran, terutama dalam menggunakan diplomasi sebagai saluran mencari jalan penyelesaian.

Susulan pertemuan hari ini (semalam), kita berkesempatan membentuk laluan lebih jelas dan melakukan perubahan pada SOP supaya tidak timbul lagi perselisihan seperti yang berlaku sebelum ini, katanya.

Beliau berkata, kumpulan teknikal kedua-dua negara akan mengadakan mesyuarat pada 11-12 Oktober ini di Malaysia dan 23-24 November di Indonesia, sejajar usaha meningkatkan rundingan berkaitan sempadan maritim.

+++++++++++++++++

Masih ada juga Profesor perundangan universiti yang berfikiran sejengkal jari…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: