Bekas Ketua Polis Negara mendakwa polis diperkudakan Kerajaan Malaysia.

APA KATA AGENDADAILY.COM

Hishamuddin tak tahu pasal campurtangan tugas KPN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hairan bagaimana boleh timbul cerita adanya pihak ketiga yakni kementeriannya campurtangan dalam urusan Ketua Polis Negara.

Mengulas pendedahan Tan Sri Musa Hassan dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia mengenai hal berkenaan, menerusi SMS Selasa ,menteri berkata : saya tidak tahu dan pernah dimaklumkan olehnya sekalipun sepanjang masa saya memimpin KDN.

“Malah sepanjang masa saya ,saya lihat hubungan cukup baik dan ada yang kata terbaik antara KDN dan PDRM.”

Akhbar Selasa melaporkan Musa mengakui campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai KPN sebelum ini, adalah merujuk kepada KDN.

Menurut Musa, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.- 8/9/2010

KSU KDN turut nafi ada campurtangan

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, Rabu, mengeluarkan kenyataan tiga muka surat menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa adanya campurtangan pihak ketiga dalam tugas polis. Beliau membacakan kenyataan itu pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas daripada Musa kepada Tan Sri Ismail Omar yang dilantik menggantinnya. Beliau tidak tolak kemungkinan adakalanya, cadangan oleh polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh kementerian dilihat sebagai campurtangan dalam urusan harian polis. Katanya, campurtangan kementerian dalam tugas dan khidmat utama PDRM tidak wujud.- 8/9/2010

APA KATA HARAKAHDAILY.NET

Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.

“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.

Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan “habis madu sepah dibuang”.

Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

“Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

“Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi.

PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.

Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.

Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

“Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.

Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.

Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

APA KATA DETIKDAILY.NET

Pendedahan Ketua Polis Negara Mengemparkan!

Oleh Angkasanuri: Posted on Monday, September 06 @ 22:21:24 PDT by paktam

Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN.

Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan ini bukan keluar dari mulut orang kampung di kedai kopi tetapi dari Ketua Polis Negara sendiri! Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri terlibat secara langsung dalam memberi arahan sehingga menjejaskan proses sisasatan polis.

Bagi saya kenyataan ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan imej negara di mata dunia. Bermakna ada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Tidak mustahil ada penyelewengan, jenayah dan skandal yang tidak mendapat keadilan dan siasatan yang adil dan telus.

Rakyat berhak tahu sejauh mana penglibatan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negara yang mengganggu dan menjejaskan siasatan polis. Ini bukan hal main-main ini perkara besar. sebelum ini rakyat dikejutkan dengan pelbagai isu yang mengemparkan institusi keselamatan dalam negara.

Rakyat masih belum lupa isu pemecatan hakim-hakim kanan satu ketika dahulu. Rakyat masih belum lupa bekas Ketua Polis Tan Sri Rahim Nor yang menumbuk hingga lebam Dato Seri Anwar Ibrahim. Isu pita rakaman Linggam masih lagi menimbulkan persoalan apakah kesudahannya. Rakyat masih tertanya-tanya apa di sebalik isu mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan ‘mencekik diri sendiri’ sebelum terjun dari bangunan SPRM.Malah banyak lagi isu yang melibatkan pihak keselamatan seperti polis dan SPRM yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan 1001 persoalan yang masih tidak terjawab.Adakah dalam hal ini kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya terkecuali?

Rakyat juga ingin tahu apakah kes yang melibatkan campur tangan dan arahan dari Kerajaan Umno-BN. Adakah ia melibatkan juga kes Liwat 1 dan Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana kes berfrofil tinggi yang lain seperti penyelewengan PKFZ, kes rasuah yang melibatkan beberapa pimpinan Umno dan BN antaraya yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Norza Zakaria dan ramai lagi yang umum sedia maklum.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini seolah-olah mengesahkan bahawa ada konspirasi, siasatan dan pendakwaan terpilih yang boleh menjejaskan reputasi dan berkait rapat dengan keselamatan negara.

Maka satu badan siasatan bebas seperti Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi membersihkan imej polis dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Saya teringin mendengar komen daripada Menteri Dalam Negeri adakah dakwaan KPN ini benar dan berasas atau sekadar melepas perasaan yang terpendam menjelang detik-detik akhir persaraan beliau.

++++++++++++++

Kalau agensi kerajaan tidak diperkudakan, dah lama kerajaan tumbang.

One response to this post.

  1. […] Bekas Ketua Polis Negara mendakwa polis diperkudakan Kerajaan Malaysia […]

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: