Janji pencadang judi bola.

APA KATA MALAYSIAKINI.COM

Umno janji air bersih jika berjaya tawan Kelantan

Sep 14, 10 10:48am

Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

dr awang adek hussinTimbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

“Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita di Bachok, semalam.

Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, mendakwa walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.

Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.

Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.

– Bernama

APA KATA DETIKDAILY.NET

Kelantan : Akidah bersih atau air bersih?

Oleh Drs. Khalil Idham Lim

Pengkhianat kepada rakyat Kelantan, bersuara lagi semalam. Kali ini dia mahu kelentong orang Kelantan dengan membangkitkan masalah air bersih yang didakwanya dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dalam kenyatananya dipetik dengan mengaitkan ini berpunca dengan kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

Pesoalannya sekarang, adakah rakyat Kelantan benar-benar menghadapi masalah yang dihadapi sebagaimana yang didakwa tanpa bukti kononnya di mana-mana pun dia pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu.

Tambahan pula tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak “sebodoh” Awang Adek dan Umno.

Malah kita faham isu air bersih sengaja dimainkan oleh Umno setelah dia sangat terdesak dan sudah kekeringan modal pada masa sekarang. Dalam perkara berkaitan Umno pernah mengaitkan air kelantan yang memang keruh sepanjang tahun dengan kegagalan Kerajaan PAS kelantan, itupun mereka katakan air sungai kotor. Sedangkan isu sebenarnya ialah keruh. Keruh dengan Kotorpun tidak dapat bezakan.Realitinya sejak Umno memerintah lagi seingat saya air sungai Kelantan sentiasa keruh.

Selain itu jika benarlah isu air tersebut, saya kira cara yang paling baik untuk menyelesaiakn kemelut itu ialah mengembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat dan Kerajaan Kelantan. Dengan jumlah wang yang mengarah kepada 2 billion runggit itu saya yakin masalah air dapat diselesaikan dengan segera

++++++++++++

Mengata orang diri sendiri tak sedar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: