Jangan membazir.

APAKATA WWW.THEMALAYSIANINSIDER.COM

PM nasihat umat Islam jangan membazir

PUTRAJAYA, 16 Ogos, 2010 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan umat Islam negara ini supaya jangan membazir di tengah-tengah keghairahan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.

Beliau berkata perbuatan membeli mengikut nafsu adalah pembaziran yang harus dielakkan.

Katanya, adalah satu kebiasaan untuk umat Islam yang sedang berpuasa untuk membeli pelbagai jenis juadah kerana didorong oleh rasa lapar dan dahaga.

“Berpada-pada bila berbelanja. Perbelanjaan yang kita gunakan itu boleh (guna) untuk keperluan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini.

Pada tinjauan mesra itu, Najib mengunjungi beberapa buah gerai, antaranya Char Kway Teow Pulau Mutiara, Pak Tam Murtabak Putrajaya Istimewa dan Puteri Chendawan, Gerai Alip, Kelantan Fried Chicken, Noor Mila Nasi Ayam Berempah dan Roti Bom Presint 16.

Perdana Menteri turut meluahkan rasa gembiranya kerana para peniaga memperoleh pendapatan lumayan dengan berniaga di bazar tersebut.

“Bazar Ramadan ini bagus dan para peniaga memberitahu mereka memperoleh pendapatan yang lumayan,” katanya. — Bernama

APA KATA WWW.DETIKDAILY.NET

Apabila KM Melaka mempersampahkan duit rakyat

Oleh Kamarudin Sidek:  Posted on Monday, September 20 @ 05:19:02 PDT by tokdalang

Dua hari lepas Ketua menteri Melaka umumkan, Melaka akan beli buaian roda gergasi dari China yang bernilai RM7 juta.Tingginya 8.5 meter lebih tinggi daripada buaian buatan Belgium sebelum ini. Ia dijangkakan dalam masa enam bulan akan sampai ke muara sungai Melaka.

Projek baru ini adalah sebagai ganti daripada Eye On Malaysia (EOM) yang dibatalkan operasinya sebelum ini dengan perintah mahkamah tinggi.Dulu nak bawa EOM dari Tasik Titiwangsa ke Melaka menelan kos berjuta ringgit, akhirnya Kerajaan negeri tak mampu bayar, cuma beberapa bulan saja beroperasi. Bayangkan betapa mudahnya Ali Rustam buang duit rakyat Melaka?

Tak serik dengan itu, demi nak puaskan nafsu serakah KM, beli yang baru walau pun berjuta duit rakyat terkorban.

Ali Rustam tak dengar rintihan suara rakyat Melaka yang kelaparan dan kesempitan hidup….. Alangkah baiknya RM7 juta itu dibuat rumah kos rendah untuk rakyat yang merempat atau bina kilang untuk rakyat mencari rezeki.

Saya pun pelik rakan – rakan penasihat yang bertepuk-tampar dengan KM? Tak tolong ke beri nasihat ke atau dok yes men?

Apa yang saya tahu kepala KM ni kalau nak belanjakan untuk sektor agama terlalu berkira. Tak mampu le…. tak menguntungkan le.

Rakyat Melaka AKan Dapat Eye On Malaysia Baru

Oleh Angkasanuri: Posted on Saturday, September 18 @ 23:35:28 PDT by paktam

Melaka akan menjadi tempat pertama di dunia yang memiliki roda gondola berputar dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Eye On Malaysia yang dulunya beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur yang dibawa ke muara sungai Melaka kini menjadi ‘besi buruk’ yang paling mahal di dunia.

Ini berikutan keputusan mahkamah Tinggi atas saman yang dikemukakan oleh pemilik asal syarikat Fitraco NV dari Belgium terhadap kerajaan Melaka kerana melanggar beberapa syarat perjanjian. Saya difahamkan berikutan saman itu kerajaan Umno@BN Melaka terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat berkenaan yang dapat untung atas angin tanpa perlu roda Eye On Malaysia berpusing-pusing seperti kelaziman.

Maka pemimpin Umno@BN pening-pening berpusing-pusing apabila isu berkenaan mendapat bantahan dan kritikan daripada rakyat sehingga di bawa ke dalam sidang DUN Melaka tidak lama dulu. Sehingga kini bantahan berterusan kerana pembaziran duit rakyat kerana ‘kecerdikan’ pemimpin Umno@BN dalam isu ini.

Maka tidak semena-mena tanpa hujan dan ribut, kelmarin Ketua Menteri Melaka mengumumkan bahawa Melaka bakal memiliki Eye On Malaysia baru dalam tempoh enam bulan akan datang yang ditempah khas berharga RM 7 juta dari sebuah syarikat di China.

Ketua Menteri Melaka cuba menunjukkan “kecerdikannya’ dengan mendakwa kerajaan Melaka dapat berjimat separuh duit rakyat berbanding jika menerima tawaran Fitraco NV untuk membeli Eye On Malaysia sedia ada yang disifatkannya sebagai barang terpakai.

Mungkin pada pak cik dan mak cik yang tak reti Matematik mungkin beliau boleh kelentong. Macam mana pula dengan kos saman di mahkamah, prasarana Eye On Malaysia sedia ada yang kini banyak yang rosak seperti gerai jualan, kaunter tiket, tandas yang pastinya memerlukan tambahan kos lagi. Siapa yang bakal buat duit dan siapa yang bakal untung?

Mungkin KM Melaka lupa selama ini Melaka banyak membeli barang terpakai. Bas merah terpakai dari Kota London yang kos awalnya sahaja RM 200 ribu sebuah. Tidak termasuk kos penyelenggaraanya yang selalu tersadai kerana sering rosak. Malah tidak keterlaluan, beliau sendiri merupakan pemimpin kitar semula yang diselamatkan oleh Presiden Umno setelah terlibat dalam rasuah dalam pemilihan Umno! http://angkasanuri.blogspot.com/

++++++++++++++

Buang nasi dua biji itu membazir besar…Rm7 juga tidak membazir tetapi menjimatkan duit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: