Pelajar tidak dibenarkan sama sekali berpolitik.

APA KATA WWW.MYBERITA.COM

Mahasiswa Tidak Dibenarkan Berpolitik

by May on 11/08/2010

Jika sebelum ini kerajaan telah membenarkan seramai 140,000 guru gred DG41 hingga DG48 kembali berpolitik, ramai yang memohon kebenaran agar kelonggaran itu tidak terhad kepada guru sahaja. Seperti guru, pensyarah juga turut memohon agar mereka dibenarkan akif berpolitik berikutan mereka dilihat mempunyai kelayakan setanding guru dan ada juga yang mempunyai kemahiran dalam bidang politik. Suara-suara kebebasan politik juga turut dibangkitkan oleh pihak tertentu dan mahasiswa berikutan sebelum kebebasan berpolitik mereka dihalang oleh AUKU.

Terbaru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa akan mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) walaupun terdapat gesaan supaya mahasiswa diberi kebenaran berpolitik.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.- Berita Harian

Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, di dalam seksyen 15 (1) -(3) menyatakan bahawa :-

15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan,simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

APA KATA WWW.DETIKDAILY.NET (Forum)

Kerajaan negeri Pahang berkempen terbuka pelajar masuk UMNO.

“Pelajar Pahang di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir amat kecewa dengan tindakan UMNO memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politik mereka. Ia berikutan UMNO Pahang mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di Bangunan Haiyu Asyir “Asrama Pahang” miliknya di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab UMNO.

Malah, memang terdapat bukti kukuh UMNO Pahang menjadikan “Asrama Pahang” itu seperti Markaz UMNO. Tambah mengejutkan apabila ada sebilangan Pegawai Yayasan Pahang yang terlibat mengedarkan borang keahlian UMNO kepada pelajar. Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar terbabit tidak dibenar berpolitik tetapi mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian UMNO terbabit. Malah, dipintu rumah terbabit sendiri terdapat “lambang UMNO”. Sungguh tidak masuk akal lambang sebuah parti politik berada di premis pelajar, sedangkan kita sudah maklum bahawa pelajar dilarang berpolitik. Ini bermakna, UMNO Pahang begitu kemaruk untuk “merekrut” para pelajar jurusan agama dari Kaherah, Mesir “berkiblatkan parti itu” selepas mereka tamat belajar nanti. Tindakan tersebut, bukan sahaja mengecewakan sebahagian pelajar Pahang di sana, malahan juga ibubapa mereka yang terbabit, Perkara ini sudah beberapa kali didedahkan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang bagi menangani perkara ini.

Anak Pahang Di Pinggir Kerana Fahaman Politik…

Kita sangka selepas pendedahan itu maka perkara ini akan selesai. Rupa-rupanya kini ada pula pertubuhan kebajiakan pelajar Pahang yang bertindak sama seperti itu. Mereka menggunakan lambang parti UMNO pada pertubuhan berkenaan. Soalnya, kenapa perlu ada “lambang parti” kepada sebuah pertubuhan yang kononnya ditubuhkan atas dasar kebajikan?. Inilah yang menjadi kemusykilan terhadap sebahagian besar pelajar Pahang di sana. Tambah mengejutkan, pihak Yayasan Pahang di Mesir lebih berselera membantu pelajar yang “Bukan Anak Pahang” semata-mata kerana menyokong UMNO. Malah tindakan lebih mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang dan sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang merupakan satu tindakan jahat sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat membezakan kepentingan politik dan pendidikan serta kebajikan pelajar.

Apa Perlu Lambang UMNO Pada Asrama Pahang…

Tindakan ini adalah jelas mempunyai satu agenda lain bahkan amat tidak bersesuaian dengan situasi pelajar. Semenjak kehadiran pertubuhan ini, bermacam kejadian yang mengundang kepada perpecahan dikalangan pelajar dan kemerosotan yang ketara dalam pelajaran bagi setiap ahli pertubuhan ini khususnya dan amnya seluruh anak-anak Pahang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertubuhan tersebut. Ini juga tidak ketinggalan kesannya kepada pelajar-pelajar lain. Menurut salah seorang pelajar yang merupakan orang kuat pertubuhan terbabait, beliau keliru kenapa perkara sebegini boleh berlaku? “Berkemungkinan besar, tumpuan kepada pembelajaran yang tidak sepenuhnya dan seringkali mengundang perbalahan sesama pelajar dan disebabkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik semata-mata. Jelas amat tidak wajar kehadiran pertubuhan ini di kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi dengan situasi yang berlaku di asrama Pahang ketika ini yang cukup sensitif dengan apa-apa pekara yang berunsurkan politik dan juga penumpuan pelajar-pelajar masa kini kepada dunia ilmu. Dilihat kepada premis pelajar ini tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan adalah tempat kediaman ataupun asrama pelajar. Sedangkan sepengetahuan saya seluruh banggunan (premis pelajar) ini adalah hak milik Yayasan Pahang. Tetapi tiada apa-apa tanda bahawa premis ini hak milik Yayasan Pahang”, katanya.

Pelajar Gesa Lambang Parti UMNO Di Turunkan…

Menjadi hasrat dan cita-cita besar bagi ahli pertubuhan, dan pelajar-pelajar lain pekara ini diambil berat dan tindakan untuk memindahkan atau menrunkan lambang pertubuhan parti politik. “Kebimbangan juga saya terdapatnya lambang parti politik (UMNO) ini dikira mencabuli hak Yayasan Pahang. Jika saya terlibat sama, kemaafan dipohon atas pencabulan yang berlaku, Di sini, saya menyatakan kekecewaan dan pengharapan yang tinggi, lambang pertubuhan parti politik (UMNO) ini di premis pelajar diturunkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Dengan kemerosotan kecemerlangan dan berlakunya perpecahan dikalangan pelajar, sewajarnya pertubuhan ini dibubarkan atau dinafikan kewujudannya. Kecemerlangan pelajar dan hubungan yang baik dikalangan pelajar amat penting dan lebih diutamakan. Justeru, saya berharap lambang tersebut dapat diturunkan dengan segera yang mungkin. Lebih-lebih lagi sekarang adalah waktu kedatangan mahasisiwa baru ke Mesir sekaligus akan ini akan menimbulkan padangan yang tidak baik terhadap pertubuhan ini dan pihak-pihak yang lain. Saya amat berharap agar dengan tersiarnya surat ini akan mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak dan ada pihak yang akan membuka mata dengan membawa hal ke peringkat yang lebih tinggi. Sekali lagi saya sangat berharap agar lambang Umno tersebut segera diturunkan!”, tambahnya lagi.

+++++++++++++

Munafik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: