Siapa melayu, siapa bukan melayu dan siapa bukan keturunan melayu mengaku melayu.

APA KATA UMNO (http://umno-online.com)

Nik Aziz Kufur Nikmat !

Oleh: TG AZMAN TG ABAS

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai golongan yang tidak bersyukur kerana “mengkritik”  kejadian Allah s.w.t  yang telah menjadikan beliau di kalangan orang Melayu yang tidak sepatutnya keluar daripada “lidah” seorang  pemimpin yang dicanang oleh penyokongnya sebagai ulama.

Aktivis UMNO, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, Nik Aziz seolah-olah tidak bersyukur dengan anugerah Allah itu apabila mengatakan beliau tidak berbangga berbangsa Melayu.

Menurut beliau, sebagai orang Islam, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya bersyukur dengan apa yang diciptakan itu dan menjadikan anugerah berkenaan ke arah yang lebih baik dan bukannya mewujudkan satu keadaan yang boleh memecah-belahkan  umat Islam hari ini.

“Dari sudut agama, kita sepatutnya “Qanaah” iaitu kita kena menerima seadanya apa yang diciptakan oleh Allah dan bukannya mengkritik ciptaan tersebut. Daripada tindak tanduk Nik Aziz ini, saya melihat beliau tidak bersyukur dengan ciptaan berkenaan.

“Mereka yang tidak bersyukur ini kita panggil sebagai kufur nikmat. Saya rasa Nik Aziz tahu tetapi disebabkan politik melampau, beliau sanggup berbuat demikian dalam usaha menarik sokongan rakyat. Itu sahaja. Masyaallah,”

“Mereka yang tidak bersyukur ini kita panggil sebagai kufur nikmat. Saya rasa Nik Aziz tahu tetapi disebabkan politik melampau, beliau sanggup berbuat demikian dalam usaha menarik sokongan rakyat. Itu sahaja. Masyaallah,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

Datuk Zainal seterusnya mengajak Nik Aziz agar bermuhasabah dan meneliti ayat Al-Quran di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Tegas Zainal lagi, apa yang berlaku kepada Nik Aziz menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan apa yang ada pada diri beliau.

“Keluhan beliau hari ini memberi jawapan kepada umum kenapa beliau memilih jalan songsang dengan berjuang di dalam parti Pas. Rupa-rupanya beliau tidak bangga  jadi bangsa Melayu. Inilah manusia yang kufur nikmat namanya,” katanya. – MediaUMNO

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Nik Aziz Kehilangan Melayu?

Oleh Zolkharnain Abidin: Posted on Friday, September 24 @ 22:52:47

Nik Aziz Kehilangan Melayu? Orang Melayu jadi Melayu, sama sahaja dengan orang Cina jadi Cina atau orang India jadi India. Tiada siapa berhak untuk memilih bangsa yang dia inginkan. Kalau seseorang itu tidak mahu jadi Melayu pun, dia tetap Melayu jika ibu bapanya adalah Melayu. Begitulah seterusnya.

Adakah salah seorang Melayu tidak mengaku bahawa dia orang Melayu? Atau, adakah salah seorang Cina mengaku dia adalah Melayu atau seorang Siam mengaku dia adalah Cina?

Tidak mahu jadi Melayu atau Siam atau Cina atau India, tidak sama dengan tidak mahu jadi seorang Muslim.

Kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Melayu”, pada hal dia adalah Melayu, adakah wujud implikasi hukum di situ?

Tetapi kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Muslim,” padahal dia adalah seorang Muslim, di sini wujud implikasi hukum. Sekurang-kurangnya dia berdosa besar kalau pun tidak menjadi murtad tanpa mengira apa bangsanya dan di mana dia berada.

Kenapa manusia tidak dibekalkan keupayaan untuk memilih bangsa? Mengapa Nabi kita berbangsa Arab dan dia menjadi Nabi kepada semua bangsa?

Manusia dibekalkan keupayaan untuk memilih jalan hidup dalam beragama. Nabi diutuskan dan kitab diturunkan untuk membimbing manusia memilih agama bukan memilih bangsa. Kenapa?

Adakah manusia diberi nikmat di akhirat atau menghadapi kehidupan sengsara di sana kerana bangsa?

Syurga bukan untuk Melayu dan neraka bukan untuk Cina, atau syurga bukan untuk Arab dan neraka bukan untuk Melayu. Syurga dan neraka bukan ditentukan dengan bangsa tetapi dengan agama.

Melayu, Cina, India, Siam, atau apa sahaja, darahnya merah. Bumi mereka adalah sama. Langit mereka adalah satu. Udara mereka adalah sejenis. Bahkan Tuhan mereka juga adalah satu, Allah.

Justeru, apa bezanya antara mereka? Bezanya ialah sama ada mereka menyembah Allah atau tidak. Itulah penentuan muktamad sama ada mereka ke neraka atau ke syurga.

Adakah Melayu akan tetap ke syurga walau pun tidak menyembah Allah atau Cina akan tetap ke neraka walau pun menyembah Allah? Adakah begitu?

Huh, jijik benar apabila sampai kini Umno masih meratib Melayu, Melayu, Melayu…

Saya, anda, dia, mereka, Nik Aziz tetap Melayu walau pun kita tak suka Melayu. Kita bukan Cina walau pun kita berkawan dengan Cina. Nabi kita tetap orang Arab walau pun dia menjadi rasul kepada orang Melayu, Cina, India dan semua sekali.

Habis, mengapa kita pening-pening bimbangkan Melayu? Adakah hanya orang Melayu sahaja yang ada Islam?

Adakah kita lupa bahawa ada Cina Muslim, India Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim? Kalau Melayu tidak mahu kepada Islam, banggakah kita menjadi Melayu?

Nik Aziz betul apabila dia berkata dia tidak bangga jadi Melayu. Sesiapa sahaja yang berkata begitu adalah betul jika Melayu tidak punya Islam.

Tapi, bagaimana pula dengan kandungan perlembagaan bahawa seseorang itu dikira Melayu hanya jika dia beragama Islam? Jawapannya ialah, bagaimana pula dengan orang yang berbangsa Melayu tetapi keluar daripada Islam?

Hilangkah Melayunya? Adakah dia akan masuk syurga dengan Melayu itu atau dengan apa?

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

APA KATA MALAYSIANUNPLUG (http://malaysianunplug.blogspot.com)

Dr. Mahathir was Reminded of His Indian/”Mamak” Roots

Jumaat 20 Jun 2008 Friday, June 20, 2008

Dari Malaysiakini (Google translate)

MIC deputy president G Palanivel told off Tun Dr. Mahathir Mohamad ” to remember his own (Indian/Mamak) roots

(MIC naib presiden G Palanivel berkata off Tun Dr Mahathir Mohamad “untuk mengingati sendiri (India / Mamak) akar”)

Palanivel is referring to the fact that Mahathir’s forefathers are from South India in Kerala state.

(Palanivel adalah merujuk pada fakta yang nenek moyang Mahathir berasal dari India Selatan di negara bahagian Kerala)

Mahathir was born and named as Mahathir s/o Iskandar Kutty @Mahathir Mohamed. Mahathir’s father, ( Iskandar Kutty ) was a school teacher of Indian origin, specifically Malayalee (people who speak Malayalam , not to be confused with Malay), having migrated from the southern state of Kerala , while his mother was a Malay

(Mahathir lahir dan dinamakan sebagai s Mahathir / o Iskandar Kutty @ Mahathir Muhammad, Mahathir. Ayah (Iskandar Kutty) adalah seorang guru sekolah asal India, khususnya Malayalee (orang-orang yang berbahasa Malayalam , tidak boleh disamakan dengan Melayu) , selepas berhijrah dari bahagian selatan negara bahagian Kerala, sementara ibunya adalah seorang Melayu)

APA KATA BUDAK BALUN (http://budakbalun.blogspot.com)

Guan Eng mengaku Cina, tapi mamak mengaku UMNO!

Teman memang sampai bila-bila takkan setuju dengan ISA..

Sebab tu teman sanggup kena hambat dengan Polis dan FRU masa demo anti ISA tahun lepas!

Tapi kalau dah demo sampai bakar-bakar patung pemimpin, sampai maki-maki dan mencarut!

Ini Apa kes?

Mana dia FRU yang bukan main gagah hayun cota kat KL selalunya?

Mana Polis-polis yang bukan main setia tutup jalan-jalan KL sampai traffic jammed 20-30 km?

Yang palin heran apa Polis Penang buat? Kena ikat ‘anu’ dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Kalau benar siapa yang bayar gaji Polis? Bapak Najib Tun Razak? Tapi bapak dia dah mati?

Kalau rakyat Malaysia buta hati dan jiwa lagi teman tak tau laa..

Terang-terang demo (anjuran UMNO sebenarnya) ini amat merbahaya dan sangat-sangat berbaur perkauman!

Belum sudah kes PA Najib hina Kaum Cina dan India (dia kata Cina datang jadi pelacur, India datang minta sedekah) kat Melaka, dah bakar-bakar gambar pemimpin berbangsa Cina di Penang.. Adusss!!!

Secina-cina Guan Eng, dia tak mengaku dia orang melayu..

SeIndia-india Gobalakrishnan, dia tak mengaku dia orang Melayu..

Semelayu-melayu Zambry dan Azeez, depa tak mengaku depa tu mamak!!!

++++++++++++++

Eeeh…beghapa banyak melayu daa?

Emak Cina bapa melayu anak dikatakan melayu…emak melayu bapa cina anak juga dikatakan melayu…Apakah jika berlaku di negara Cina anaknya akan dikatakan cina pulak?

Pelik sungguh bangsa melayu ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: