Jom pulangkan semua gaji kerana bercampur cukai judi.

APAKATA BERRITA HARIAN (http://www.bharian.com.my)

Mamat – tidak sanggup duit judi jadi darah daging

2010/10/01

WARGA emas dan penduduk miskin yang menerima wang bantuan RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang memulangkan semula wang berkenaan kerana mengetahui peruntukan mengenainya diterima daripada hasil judi. Kerajaan negeri fikir pelahap sangatkah umat Islam di negeri itu hinggakan tergamak memberi hasil duit judi untuk membantu kebajikan umat Islam.

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Jangan… Duit Judi Haram!

Oleh Zolkharnain Abidin: Posted on Saturday, October 02 @ 18:00:00 PDT by tokdalang

Ingatan ini ditujukan kepada orang-orang Umno terutama kepada Reezal. Mudah-mudahan ingatan ini membantu Reezal dan orang Umno yang lain memastikan daging tubuh mereka sentiasa suci dan bersih daripada tumbuh dengan duit judi.

Satu – Jangan beli barang di kedai Cina kerana mungkin barangan di kedai itu dibeli oleh Cina itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM

Dua – Jangan naik teksi yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin teksi itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga – Jangan masuk pasaraya yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin Cina itu membayar sewa pasaraya itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat – Jangan hadiri rumah terbuka atau jamuan yang dibuat oleh Cina MCA kerana mungkin makanan yang dihidang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima – Jangan baiki kereta di woksyop Cina kerana mungkin peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Enam – Jangan isi minyak di stesen minyak milik orang Cina kerana mungkin bayaran minyak itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tujuh – Jangan makan buah rambutan yang diberi oleh orang Cina kerana mungkin dia membeli baja pokok rambutan itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lapan – Jangan bekerja dengan majikan Cina kerana boleh jadi dia membayar gaji dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sembilan – Jangan masuk ke rumah Cina kerana mungkin rumah itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sepuluh – Jangan berkahwin dengan anak dara Cina kerana mungkin bapanya berkahwin dengan ibunya menggunakan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sebelas – Jangan lalu di atas jalan di perkampungan orang Cina kerana mungkin jalan itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Dua Belas – Jangan guna broadband kerana mungkin biaya membangun teknologi broadband itu adalah daripada duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga Belas – Jangan makan ikan yang ditangkap oleh nelayan Cina kerana mungkin pukat yang diguna dibelli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat Belas – Jangan duduk dekat dengan orang Cina yang pakai minyak wangi takut tercium minyak wangi yang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima Belas – Pulangkan balik baki belian barang di kedai Cina kerana mungkin duit baki yang dipulangkan itu adalah duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tak gitu Ketua Penerangan Pemuda Umno yang warak lagi alim? Kenape, tak pecaye? Tanya Ketua Ulama Muda Umno. Alang-alang jadi warak, biar warak betul-betul…

http://sauhdibongkar.blogspot.com

Umno BN tidak tentang judi tapi lulus lesen

Oleh Mohd Ali Hashim: Posted on Saturday, October 02 @ 06:20:47

Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.

Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut.Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.

“Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi. Turut hadir ialah Exco Masyarakat Penyayang Negeri, Phee Boon Poh.

Dalam majlis tersebut juga sebanyak 200 borang pendaftaran warga emas baru bagi kawasan Parlimen Tasek Gelugor telah disampaikan kepada Phee untuk didaftarkan dalam sistem pendaftaran kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan yang dipimpin oleh Umno jugalah yang mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam suatu ketika dahulu.

“Namun begitu, sejarah ini mereka lupa dan pinggirkan. Memang Umno mudah lupa kerana pemimpin mereka juga sering lupa akan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dalam isu sumber judi yang didakwa digunakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mohamad membidas Umno negeri yang cuba mempolitikkan warga emas bagi kepentingan mereka.

Justeru, ujarnya dakwaan yang mengatakan warga emas menerima sumber judi dari kerajaan negeri sepatutnya diperhalusi dengan teliti dan jangan buat serangan semberono.

“Bagaimana dengan ‘sin-tax’ atau cukai dosa yang pernah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini. Ada soalan bagaimana wang dari sumber judi yang dikutip oleh Kerajaan Pusat seperti cukai penjualan judi, arak, rumah urut dihabiskan.

“Walaupun mereka faham dan tahu hakikat kebenarannya, tetapi Umno dan BN senantiasa menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Pulau Pinang bagi memperlihatkan kepada rakyat negeri ini bahawa PR tidak mampu untuk memimpin negeri,” tegasnya lagi.

Beliau juga menyelar Umno Pulau Pinang yang mempolitikkan isu pemberian wang RM100 kepada warga emas yang disifatkan sebagai sumber dari wang judi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno melihat kembali perlakuan mereka dalam menyalurkan wang kutipan hasil judi seluruh negara dan ke mana disalurkan wang dari punca tersebut sebelum menuduh orang lain bertindak sebaliknya.

“Inilah antara bukti terkini bahawa Umno dan BN itu sudah terdesak dan terpaksa memainkan pelbagai isu agama dan kaum supaya sokongan dapat diraih kembali.

“Saya juga yakin tindakan mereka ini adalah kerana ketakutan yang teramat sangat kehilangan kuasa berterusan yang tidak pernah diimpikan selama ini telah menjadi realiti dalam tahun 2008, kini dan selamanya,” katanya lagi.H/Daily

Pulangkan semua gaji kepada perbendaharaan kerajaan.

Oleh Aspan Alias: Posted on Saturday, October 02 @ 08:16:09

50 orang dari Bayan Baru memulangkan wang yang mereka terima sebanyak seratus ringgit sebagai wang ehsan bagi warga emas dari kerajaan P Pinang. Mereka memulangkan wang tersebut kepada UMNO Bahagian Bayan Baru kerana mereka diberitahu yang sumber wang itu datangnya dari wang perjudian.

Isu ini ditimbulkan oleh seorang yang bernama Reeezal Merican Naina Merican dari Kepala Batas, P Pinang.Isu ini ditimbulkan bermotifkan politik semata-mata dan entah bila pula pemimpin UMNO tahu membezakan diantara wang yang haram dan yang halal

Kalau benar ini merupakan wang yang haram dibelanjakan walaupun ianya adalah disumberkan oleh kerajaan negeri P Pinang, maka semua wang yang diterima dari kerajaan oleh semua pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk Reezal sendiri kepada Perbendaharaan Kerajaan.

Bagaimana pula dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan seluruh negara? Bukankah sumber pendapatkan kerajaan datangnya dari berbagai-bagai bentuk cukai, termasuk cukai pemeliharaan babi dan pusat-pusat judi seperti Genting dan cukai dari pendapatan syarikat Empat numbor Ekor seperti magnum, Toto dan perlumbaan kuda?

Elok juga kita kaji berapa jumlah pendapatan kerajaan dari kilang-kilang arak seperti Guenness Stout dan minuman keras yang lain? Apa jadi kepada kakitangan Boustead Trading yang ramai-ramai itu dalam mana salah satu kegiatan syarikat tersebut adalah menjual arak dan berbagai minuman keras yang lain. Boustead Trading telah membayar Cukai jualan kepada kerajaan dan cukai korporat yang beramillion setiap tahun dan semua pendapatan ini masuk kedalam kantung kerajaan.

Elok ada pihak yang beragama yang tinggi memberikan pendapat tentang bagaimana harta rampasan yang didapati oleh tentera Islam semasa Islam berhadapan dengan peperangan seperti peperangan Badar, peprangan Khandak, peperangan Uhud dan banyak lagi peperangan yang mana Islam mendapat kemenangan dan mendapatkan harta rampasan yang dimasukkan kedalam Baitulmal?

Boleh ke Reezal Merican memberikan jawapannya mengikut sudut dan pandangan Islam? Boleh kah semua pegawai kerajaan mengembalikan kepada kerajaan segala wang gaji yang diterima mereka sejak bertahun-tahun yang lepas? Sanggupkah semua pesara-pesara yang menerima pencen memulangkan kembali wang-wang pencen mereka yang salah satu sumbernya dari kutipan cukai dari kegiatan judi?

Bagaimana pula dengan wang haram yang didapat melalui rasuah oleh pemimpin-pemimpin Melayu kita semasa berkuasa dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan?

Kalau begitu bilakah Daim Zainuddin akan memulangkan wang yang beliau kumpulkan selama ini? Bila pula Mirzan akan mengembalikan wang yang tidak dihalakan oleh rakyat yang beliau ambil dari PETRONAS melalui anak syarikat Petronas untuk menyelamatkan beliau menjadi bangkrap? Jumlah yang diambilnya melebihi 1 billion ringgit.

Kenapa Mufti-Mufti tidak memberikan jawapan sebenar tetapi sebaleknya membiarkan isu itu dijadikan isu politik oleh pihak yang sudah bangkrap politik? Sahibul Samahah Mufti-Mufti pun menerima gaji dari sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya adalah dari kutipan hasil judi.

Isu yang ditimbulkan oleh ‘budak’ Reezal ini betul-betul tindakkan yang bodoh dan tidak mempunyai modal yang sesuai untuk dijadikan isu politik. Kalaupun hendak mengambil alih kerusi Pak Lah diKepala Batas takkanlah menggunakan isu sebodoh itu untuk menarik perhatian.

Beginikah jenis dan rupa pemimpin yang hendak kita berikan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu P Pinang? Mungkin dengan memberikan kepercayaan kepada ‘budak’ seperti ini adalah satu lagi perjudian yang besar untuk bangsa kita.Saya berharap Reezal tidak tunjukkan sangat ketololan beliau dikhalayak ramai.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

+++++++++++++++++

Kah kah kah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: