Wang tabungan tanam semula yang dipotong dari pendapatan bulanan peneroka itu siapa punya? Felda atau peneroka?

APA KATA BERITA HARIAN (http://www.bharian.com.my)

FELDA tetap bayar wang tanam semula kepada peneroka

KUALA LUMPUR: 2010/10/07

FELDA tetap akan membayar wang Tabung Tanam Semula kepada mana-mana peneroka yang menjalankan penanaman secara sendiri, asalkan mereka mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata justeru peneroka tidak perlu bersusah payah menggunakan khidmat peguam dan mahkamah bagi menuntut bayaran itu kerana tindakan itu hanya akan merugikan mereka.

“Jangan saman, kalau saman, saudara (peneroka) rugi kerana kena bayar peguam. Orang yang tidak saman pun akan dapat juga (wang tanam semula) dan orang yang saman pun akan dapat juga.

“Selain itu, dia kena bayar pula kos peguam, untuk apa?” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Timbalan Pengarah Besar FELDA, Suhaimi Zainuddin.

Beliau mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai tuntutan yang meminta FELDA membayar pampasan sebanyak RM261.8 juta kepada 11,000 peneroka yang melaksanakan penanaman kelapa sawit secara sendiri.

Katanya, laporan yang dibuat akhbar berkenaan mengelirukan kerana FELDA telah dan sedang membayar mana-mana peneroka yang membuat penanaman semula secara sendiri dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

FELDA mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka.

Dalam pada itu, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu-isu yang timbul berkaitan FELDA.

Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata jawatankuasa khas seramai 30 orang itu dianggotai oleh golongan profesional seperti peguam, doktor, pakar ekonomi, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada generasi baru FELDA.

“Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji serta menilai permasalahan yang timbul serta membantu meredakan ketegangan ekoran salah faham di antara peneroka dan FELDA,” katanya. – BERNAMA

APA KATA BULETINONLINE (http://buletinonline.net)

Bayar wang tanam semula atau peneroka berarak kepejabat Felda.

Lebih daripada 10 orang peneroka FELDA menggesa agar Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar, malah menyeru agar FELDA membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka.

“Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu.  Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!” kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK).

Mazlan Aliman dipetik Merdeka Review berkata sedemikian dalam satu sidang media di parlimen, bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari Agungnya, Hatta Ramli.

Yang berikut adalah kenyataan bertulis daripada Mazlan Aliman:

Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober 2010.  Antaranya :-

1.FELDA bersedia untuk memberikan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada peneroka yang menguruskan kebun mereka secara persendirian dengan syarat mengikut garis panduan yang ditetapkan,

2. FELDA tidak memberikan Wang Tanam Semula kepada peneroka bagi mengelakkan wang itu disalah guna,

3. Kebun peneroka yang tanam sendiri jadi hutan; penuh dengan babi hutan, ular sawa, tikus dan kumbang.  Duit RM17,000 peneroka beli motor, baiki rumah dan beli kereta,

4. FELDA tidak kalah dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membabitkan Wang Tanam Semula yang dituntut 10 peneroka Felda Sg Koyan 2 dan 3 seperti laporan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang disiar oleh HARAKAH,

5.Daripada sejumlah 112,635 peneroka, hanya 14,882 daripadanya iaitu 13.2 peratus peneroka yang menguruskan kebun mereka sendiri; FELDA telah dan sedang membuat pembayaran Wang RM17,000 kepada peneroka yang layak,

6.Tidak ada sebab untuk peneroka FELDA menyaman FELDA kerana jika tidak disaman pun FELDA tetap membayar Wang Tanam Semula kepada peneroka sebagaimana garis panduan ditetapkan.

Saya (Mazlan Aliman, gambar kanan) mewakili Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mengalu-alukan kenyataan beliau yang mungkin boleh menjadi formula menghuraikan isu Wang Tanam Semula.  Walau bagaimanapun beberapa persoalan asas mesti dirungkai sekiranya kenyataan beliau boleh dipertanggungjawabkan.

1. Adakah benar dasar FELDA memberi kebebasan kepada peneroka untuk menguruskan kebun mereka secara persendirian?

2. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan peneroka menguruskan tanam semula mereka secara persendirian?

3. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?

4. Adakah beliau maklum bahawa ada peneroka yang telah menanam sendiri atas kebun mereka lebih daripada 5-10 tahun; tapi Wang Tanam Semula tidak diperolehi?

5. Adakah beliau faham, saman yang dibuat peneroka terhadap FELDA adalah pilihan terakhir disebabkan keengganan FELDA membayar Wang Tanam Semula meskipun perundingan telah dibuat begitu lama?

Membuat tuduhan berasaskan kes terpencil kegagalan peneroka mengurus kebun mereka hingga digambarkan kebun seperti hutan yang penuh babi dan ular adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang tidak wajar keluar dari seorang menteri!

Jika begitu sandarannya, saya juga bersedia mendedahkan kegagalan Techno Plant Sdn Bhd, Anak Syarikat Felda yang bertanggungjawab menyelia kebun peneroka.  Sebagai menteri yang mengawalselia Felda, adakah beliau tahu ribuan peneroka yang telah keluar dari pengurusan Techno Plant Sdn Bhd kerana tidak berpuashati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat sedangkan pendapatannya tidak berbaloi?  Adakah beliau tahu kebun peneroka yang tidak berurus, pendapatan yang rendah, potongan yang tinggi; semuanya gara-gara Techno Plant Sdn Bhd?

Adakah beliau maklum, salah satu sebab mengapa peneroka keluar daripada Techno Plant kerana potongan baja yang tinggi sedangkan kualitinya SANGAT DIPERSOALKAN.

Beliau mesti menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,000 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.  Jika tidak laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara.

Ahmad Maslan dan FELDA tidak boleh lagi berdolak dalik dengan pelbagai alasan.  Dalam masa 3 bulan ini; FELDA mesti membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka.  Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu.  Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!

Sebagai permulaan, peneroka FELDA Gugusan Sg Dusun Ulu Selangor akan menjadi kumpulan pertama.  Mereka ini dijanjikan mendapat Wang Tanam Semula ketika kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, tapi FELDA gagal berbuat demikian.

Untuk pengetahuan, ketika ini sedang kecoh di beberapa Tanah Rancangan FELDA yang terlibat tanam semula getah.  Harga tender yang diberikan kontraktor membeli batang getah tua rendah dan berbeza-beza.  Ia juga tidak sama dengan sesetengah kontraktor lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi.  Ada peneroka yang telah mendapat pelepasan untuk menggunakan khidmat kontraktor yang menawarkan harga lebih tinggi dibatalkan di saat akhir.  Apa yang lebih mengejutkan, peneroka tidak dibenarkan menoreh di kebun getah mereka sendiri walhal kerja tanam semula dijangka tahun hadapan.  Ini sangat merugikan peneroka dan bebanan pinjaman sara hidup kepada mereka.  Ahmad Maslan boleh menyiasat apa yang sedang berlaku di FELDA Kepis, Kuala Pilah, Felda Raja Alias 2, Felda Lui Selatan dan Felda Triang 3 di Bera.

Jangan perbodohkan peneroka dengan memperalat Ketua-ketua peneroka.  Datang daripada jauh ke Ibupejabat FELDA di Kuala Lumpur dan Pegawai tertinggi FELDA ‘dipaksa’ memberikan taklimat yang salah hingga menyusahkan peneroka.  Hentikan amalan seperti ini!

APA KATA DETIKDAILY (www.detikdaily.net)

Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan

Oleh DUMEXjiman_76: Posted on Tuesday, October 12 @ 16:00:00

Saya adalah generasi kedua Felda iaitu FELDA KAHANG BARAT, terpanggil saya untuk menjawab “FITNAH” daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA.

Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka. Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang.

Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat “PINJAMAN ASB” di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit.

Setelah 10 tahun berlalu, wang tersebut telah pun matang maka tibalah masa untuk pokok kelapa sawit ditebang. Betapalah sedih bila diberitahu oleh FELDA bahawa duit tanam semula yang di kumpul hanya boleh dikeluarkan sekiranya pokok TUA ditebang dan pokok MUDA telah pun tumbuh. Selepas itu perlu ada pemeriksaan dari pihak FELDA. Mujur Ayah saya telah membuat perancangan awal.

Tahukah rakyat malaysia, mereka yang mempunyai keupayaan mengusakan sendiri penanaman semula terpaksa membuat pinjaman BANK untuk kos PENEBANGAN POKOK, RACUN, ANAK BENIH, BAJA yang kosnya menelan belanja hampir RM20,000. Sedangkan FELDA senang lenang menguruskan tanah tersebut dengan duit yang telah tersedia dalam tabung tanam semula.

Pihak FELDA perlu sedar, Mereka BOLEH MEMPERBODOHKAN warga peneroka yang rata-ratanya tidak mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan tetapi kami anak-anak warga Felda yang mempunyai MENTALITY tinggi tidak akan membiarkan ibu bapa kami diperlakukan sebegini.

MAKA, saya nak bangkitkan persoalan yang daripada DATUK AHMAD MASLAN, memang wujud 2 golongan:

1. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah. Golongan ini mempunyai modal sendiri [simpanan@pinjaman bank] untuk menguruskan kebun dan duit tanam semula tersebut di keluarkan oleh felda selepas melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Maka wang tanam semula adalah satu “bonus” atas mereka dan terpulang pada mereka untuk mebelanjakannya.

2.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang. Golongan ini tidak mempunyai Modal untuk menguruskan kebun dan sepatutnya golongan ini dibantu oleh FELDA dengan mengeluarkan WANG TANAM SEMULA yang menjadi HAK mutlak peneroka. Mereka mempunyai keupayaan tetapi tiada modal.

Maka, dengan ini saya menolak sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa pihak Felda.

++++++++++++++

Peneroka dipotong duitnya tetapi Felda mencengkamnya sebagai harta Felda. Apa ini?

One response to this post.

  1. Posted by komenje on Januari 23, 2011 at 5:04 pm

    maknanya betulah felda menipu peneroka, sampai buncit perut masing2 makan dut peneroka.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: