First Lady of Malaysia.

APA KATA HARIAN METRO (http://www.hmetro.com.my)

Persidangan sasar himpun 30 wanita pertama seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 2010/09/22:

Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama yang akan berlangsung 11 Oktober depan di ibu negara, bakal menjadi persidangan pertama menghimpunkan lebih 20 wanita pertama dari seluruh dunia yang dipengerusikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

GIGIH…Rosmah (kanan) dalam sidang media Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama sambil diperhatikan Shahrizat, semalam.

GIGIH…Rosmah (kanan) dalam sidang media Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama sambil diperhatikan Shahrizat, semalam.

Mengambil tema Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok, persidangan itu akan menjadi platform untuk meningkat kesedaran global berhubung kepentingan setiap negara melabur dalam pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Rosmah berkata, inisiatif beliau menganjurkan persidangan itu mendapat maklum balas positif daripada wanita pertama seluruh dunia dan ketika ini seramai 22 orang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir dan dua negara lagi menghantar wakil.

“Ini inisiatif pertama Malaysia menganjurkan persidangan seumpamanya, justeru berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya 30 wanita pertama daripada pelbagai negara di dunia untuk bersidang mengenai pembangunan kanak-kanak yang menjadi aset penting masa depan.

“Setakat ini, antara Wanita Pertama yang sudah menyatakan persetujuan untuk hadir adalah dari Afghanistan, Albania, Chile, Congo, Cyprus, Ghana, Iran, Jamaica, Nigeria, Estonia, Sri Lanka dan Sudan, manakala Tunisia serta Thailand menghantar wakil.

“Kira-kira 45 negara lagi belum menjawab dan kami masih lagi memberi masa sehingga sidang kemuncak diadakan selama tiga hari berakhir 13 Oktober nanti,” katanya pada sidang media khas di kediamannya di Jalan Duta, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Anggota Berkecuali (NIEW), Datuk Dr Rafiah Salim.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diberi tanggungjawab mengurus sidang kemuncak itu, manakala upacara perasmiannya akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

APA KATA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (

Sepetang Bersama Wanita Pertama Malaysia

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2009) Sepetang Bersama Wanita Pertama Malaysia.

Official URL: http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=2009…

SERDANG, 30 Okt – Walaupun mempunyai jadual harian yang padat, saya tetap meluangkan masa untuk bersama-sama warga Universiti Putra Malaysia (UPM) pada petang ini, kata Wanita Pertama Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada majlis Sepetang Bersama Wanita Pertama Malaysia@Putra.FM. Majlis yang berlangsung di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM tersebut telah dianjurkan oleh siswazah Master Komunikasi Korporat sesi 2009/10 bertujuan untuk mendekatkan pelajar UPM dengan isteri Perdana Menteri melalui saluran radio kampus Putra.FM.

Item Type:         UPM News

Subjects:             Not Available

ID Code:              1846

Deposited By:   Muizzudin Kaspol

Deposited On:  04 Nov 2009 08:06

Last Modified:  04 Nov 2009 08:06

APA KATA HARAKAHDAILY (http://www.harakahdaily.net)

Protokol JPM tak nasihat atau Rosmah degil?

TEMERLOH, 15 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoalkan sama ada penggunaan gelaran ‘Wanita Pertama’ oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berakhir 13 Oktober yang lalu adalah akibat daripada kealpaan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menasihati beliau ataupun disebabkan kedegilan beliau sendiri.

“Rosmah sepatutnya malu untuk menggunakan gelaran ‘First Lady’, kerana umum mengetahui gelaran itu untuk Permaisuri Agong. Namun, walaupun isu ini telah dijelaskan oleh pelbagai pihak namun ianya berterusan berlaku, dan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pimpinan asing,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau memberikan komen tersebut sebagai mengulas laporan portal Suara Keadilan yang memetik pakar perlembagaan negara, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan tugas  Bahagian Protokol adalah di bawah JPM yang sepatutnya, pada pandangan beliau menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran ‘First Lady’.

“Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

“Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong,” tegas Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Aziz Bari turut berkata Perkara 32(2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perkara 32(2) berbunyi, “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

“Sehubungan itu pihak istana negara disaran mengeluarkan kenyataan rasmi agar kesilapan ini tidak berterusan dan gelaran ‘First Lady’ tidak digunakan sewenang-wenangnya,” kata Tuan Ibrahim, sambil menambah bahawa tindakan Rosmah dilihat sebagai tidak memahami protokol rasmi dan juga konsep institusi Raja Berperlembagaan.

“Kalau ini berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita yakin media perdana akan terus melabelkan kita dengan label pengkhianat,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

APA KATA MALAYSIAKINI (http://www.malaysiakini.com)

Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama

Mei 8, 10 12:36pm

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau “first lady” – satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.

APA KATA KELAB GREENBOC (http://greenboc.blogspot.com)

Rosmah Bukan Wanita Pertama Malaysia

Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau “First Lady” disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

“Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

“Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan,” Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

“Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain,” jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai “Wanita Pertama”, beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

“Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong,” tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung “Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri” menyatakan “Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain”.

Perkara 70 (2) pula menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda”.

“Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau “seniority” Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

“Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!,” ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

“Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

“Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

“Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya,” jelasnya lagi.

Beliau diminta mengulas laporan BERNAMA bertajuk “Rosmah Tekankan Pentingnya Peranan Wanita Pertama” yang disiarkan semalam.-SK

++++++++++++++

Gila gelaran atau gila meroyan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: