Putrajaya harta rakyat bukan harta UMNO.

APA KATA UMNO (http://umno-online.com)

Berpasak Pada UMNO, Pertahan Panji-Panji BN – Najib

Oleh : Ropikah Ahmad.

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membakar semangat para perwakilan apabila menyeru seluruh bangsa Melayu khususnya ahli-ahli UMNO terus mempertahankan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa membela untung nasib semua.

Katanya, UMNO bukanlah sebarang parti tetapi telah matang berdepan cabaran sejak penubuhannya 64 tahun yang lalu.

“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata dalam ucapan perasmian di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata dalam ucapan perasmian di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Ayuh… Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi…Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi…Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi…Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi…,” laung Najib yang disambut oleh para perwakilan dengan sorakan semangat perjuangan.

Dalam ucapan bertema “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran”, Najib yang juga Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan seluruh bangsa Malaysia.

“UMNO perlu melalui tiga fasa iaitu pertama, mengakui kelemahan dan masalah yang dihadapi; kedua, melakukan muhasabah dan mencari penawar bagi memperbaiki kekurangan; dan ketiga, memulakan gerak kerja.”

Justeru katanya, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban kerana sebarang perancangan untuk perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya jika tidak didukung oleh semua pihak.

“Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British,” katanya.

Dalam ucapan ini, Najib turut menyentuh soal kontrak sosial yang menjadi teras perpaduan negara dan meminta semua pihak agar menghormati persepakatan mulia itu kerana “itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan”.

“Kepercayaan yang berterusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudah cara antara kaum.

“Landasan baru perhubungan kaum di Malaysia harus dibina dengan mengambil kira dua prinsip penting iaitu masa depan yang dikongsi bersama dan mengambil kira faktor sejarah tanpa mengetepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.”

Najib juga menegaskan bahawa UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu apabila beliau menyorot kembali sejarah yang telah tertulis.

“UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO,” katanya.

Terangnya lagi, pada 1969 UMNO dan rakan parti lain hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, 1987 UMNO berpecah dua sebelum diisytiharkan haram pada 1988, dan pada 2008 dilanda tsunami politik.

Bagaimanapun, katanya UMNO sentiasa berjaya bangkit semula daripada semua dugaan tersebut kerana anggota dan pemimpinnya terus “berpijak di bumi nyata dan tidak pernah sedetik pun pudar keyakinan terhadap perjuangan benar ini. – MediaUMNO

Kek Ekonomi Macam Main Golf Bukan Rugbi

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

PAS harap UMNO belajar menjadi orang kalah

Oleh Idris Ahmad: Posted on Friday, October 22 @ 02:45:44

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.

Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang meyebut “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilihanraya akan datang.  Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.  Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang.  Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat.  Banyak perwakilan UMNO telah membangkitkan bagaiamana pemimpin UMNO yang tidak mempedulikan rakyat selama ini.  Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

PAS mengharapkan supaya UMNO belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.  PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden UMNO “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!  Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga?  Demokrasi apakah ini?

Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.  PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959, tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada UMNO, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.  PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.

Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.  Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.  Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka UMNO BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

+++++++++++++++

Ketakutan macam orang kena buang kerja aja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: