Benarkah UMNO memartabatkan Islam?

APA KATA UTUSAN MALAYSIA (http://www.utusan.com.my)

UMNO bangkit pertahan Islam – Jamil Khir

GUA MUSANG 29 Okt. – Tuduhan Pas bahawa UMNO tidak memartabatkan Islam serta memperalatkan agama bagi tujuan politik merupakan satu fitnah yang sengaja dicetuskan untuk mengelirukan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, perbuatan Pas itu sangat dimurkai Allah kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan rakyat sedangkan UMNO sejak merdeka lagi bersungguh- sungguh meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Kata beliau, kesungguhan UMNO itu terbukti dengan wujudnya pelbagai institusi dan agensi berteraskan Islam selain berusaha meningkatkan pendidikan Islam serta melahirkan lebih ramai para ilmuwan Islam.

“Kesemua usaha ini hasil perjuangan UMNO yang berjaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Ini merupakan satu hakikat dan ini adalah satu sejarah. Perkara ini perlu diakui oleh semua pihak termasuk Pas.

“Sejujurnya UMNO selama ini tidak pernah memperalatkan Islam sebagai satu modal politik sebaliknya kami yang bangkit mempertahankan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan Pas yang disiarkan dalam risalah kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas parti itu bagi bilangan keempat yang diedarkan kepada orang ramai semalam.

Antara tuduhan Pas di dalam risalah tersebut di bawah tajuk ‘Kenapa jangan sokong UMNO’ ialah tindakan UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan parti berkenaan.

Pas turut menuduh UMNO tidak membela agama kerana gagal menangani masalah murtad serta peranan ulamanya yang hanya ditugaskan untuk melawan Pas.

Menurut risalah itu, ulama di dalam UMNO juga ditugaskan membaca doa, tahlil dan marhaban.

Jamil Khir berkata, beliau secara peribadi tidak hairan dengan tindakan tersebut kerana pemimpin-pemimpin Pas sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka.

Beliau berkata, demi politik mereka sanggup mempengaruhi rakyat dengan berita-berita berbentuk fitnah dan disebabkan politik juga pemimpin-pemimpin parti itu sanggup menyebarkan maklumat tidak benar.

“Bukankah perbuatan mereka ini amat dilarang di dalam Islam. Saya pasti pemimpin-pemimpin mereka tahu mengenai hukum hakamnya kerana mereka di kalangan orang yang berilmu.

“Saya ingin memetik satu maksud ayat al-Quran, kamu tahu bercakap tetapi kamu tidak pernah buat. Ini sebenarnya yang berlaku di dalam Pas,” katanya.

Beliau berkata, bukti yang jelas bagaimana proses membangunkan Islam di Kelantan sejak diperintah oleh Pas 20 tahun yang lalu tidak menunjukkan perubahan.

“Semuanya masih ditakuk lama. Mereka hanya tahu bercakap tetapi apabila kita lihat Kelantan pembangunan Islamnya tidak sehebat manapun.

“Berbanding dengan kita, UMNO telah membuktikan komitmennya menaikkan syiar Islam. Kerajaan mana yang menaikkan elaun 14,000 imam, 32,600 guru KAFA dan membina 22,000 buah masjid jika bukan UMNO dan BN,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut membidas Pas yang menuduh hubungan UMNO dan MCA adalah dilarang sebaliknya hubungan parti itu dan DAP diizinkan atas nama tahalluf siyasi.

“Pada mereka, hubungan yang kita (UMNO) jalin dengan MCA dilarang tetapi Pas dengan DAP diizinkan oleh Islam. Inilah wajah sebenar Pas yang sering menghalalkan perbuatan yang mereka lakukan.

“Meskipun kita tahu, akibat daripada persahabatan mereka itu sikap Pas kini semakin buruk,” katanya

APA KATA USTADZ WAN TARMIZI (http://wantarmizi.blogspot.com)

UMNO tak beriman dengan Hadith hukum hudud untuk murtad ialah bunuh.

Maksud Hadith “Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia” (Riwayat Bukhori)

Inilah hukum hudud yang ke-enam iaitu kesalahan murtad.  Dalam Islam hukum bagi pesalah ini  adalah bunuh .  Sengaja kami mendedahkan satu persatu ayat-ayat Al-Qur’an atau hadis yang diengkari oleh UMNO.  Inilah kaedah ilmiah.  Pernyataan umum  bahawa UMNO tidak meyakini Al-Qur’an kadang-kadang tidak dapat diterima umum.  Maka kami nyatakan yang manakah ayat Al-Qur’an dan Hadis yang diengkari oleh UMNO.  Maka barulah kita jelas bahawa UMNO menolak Al-Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad saw.  Dalam Islam menolak satu ayat Al-Qur’an bermakna menolak keseluruhan Al-Qur’an.  Begitu juga menolak satu hadis bermakna sudah tidak meyakini lagi Nabi Muhammad saw

Pendedahan ini adalah menyelamatkan generasi akan datang, Kita sebutkan hujah dan ayatnya supaya semua orang tahu ini dia ayat Al-Qur’an dan Hadis yang UMNO tolak.  Inilah faktanya.  Kalau dikatakan UMNO menolak Al-Qur’an, ayat yang mana UMNO tak nak.  Sama juga sekiranya Hadis, Hadis yang mana satu.

Termasuk hadis hukum hudud untuk murtad UMNO tolak dan tak mahu beramal.  Murtad ialah keluar daripada agama.  Kenapa Islam memerintahkan orang yang murtad itu dibunuh?  Tidak lain kecenderungan yang tinggi orang yang murtad itu ialah untuk mengeji agama Islam dan memuliakan agama yang baru dianutnya.  Keadaan inilah yang tidak dibenarkan Islam.

UMNO tak mahu beramal dengan hadis ini kerana mengatakan bahawa adalah zalim membunuh manusia.  Kezaliman mengeji agama adalah zalim yang lebih besar.  Bila hukuman ini tidak dijalankan maka gejala murtad semakin berleluasa.  Gejala murtad hanya boleh dibendung dengan melaksanakan hukum hudud ini.

UMNO bersikap double-standard,  dalam perkara kalimah Allah beriya-iya UMNO memperjuangkannya.  UMNO mengatakan bahawa kalau kalimah Allah PAS tak nak berjuang bersama macam mana nak menegakkan hukum Allah.  Dalam masa yang sama hal kemurtadan UMNO tidak berusaha untuk mencegahnya.  UMNO membiar agama Allah dikeji.  Inilah kerja UMNO.

Sama juga, UMNO katanya memperjuangkan kalimah Allah dalam masa yang sama meluluskan lesen judi yang bertentangan dengan Islam.  Wahai ahli UMNO dan para pemimpin UMNO yang kamu lakukan adalah tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.  Segeralah tinggalkan UMNO dan sertai perjuangan PAS untuk ketenangan yang lebih hebat dan mulia.

APA KATA HARAKAHDAILY (http://www.harakahdaily.my)

Masjid mati sebelum manusia mati angkara Umno

KUALA LUMPUR, 28 Okt, 2010: Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid.

Akhirnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

Sehubungan itu, beliau menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tan Sri Muhyidin Yassin yang mengatakan bahawa PAS meniru Umno dalam soal kerjasama dengan parti bukan Islam.

“Perlu ditegaskan kerjasama PAS dengan bukan Islam ialah tahaluf siasi tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh PAS, sedangkan kerjasama Umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk wala’, yang menggadaikan prinsip Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran,as-Sunnah, ijmak dan qias.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa kerana perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam.

“Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik PAS bekerjasama dengan BN untuk sama-sama menaja program mungkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini,” ujarnya sinis.

Sehubungan itu, tegasnya PAS mencabar Muhyiddin jelaskan bila PAS menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini.

Katanya, tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika PAS bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata beliau Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam dalam BN telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al-Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007.

Jelasnya lagi, tahaluf siasi membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas di mana masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

++++++++++++++

BANYAK LAGI KALAU NAK TULIS…TAKUT UMNO TAK SANGGUP BACA NANTI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: