Siapa perasuah tegar.

APA KATA PISAU (Http://pisau.net)

Galas:Rasuah Difatwakan Halal Di Galas

Filed Under ( Galas ) by pisau on 1.11.10

Hari ini dalam sejarah apabila fatwa baru dikeluarkan oleh khawarij PAS apabila menghalalkan rasuah politik.Dikhabarkan Dr Zul calon PAS telah 2 hari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pengundi undi luar.

Petikan dari Msiakini Portal Rasis-

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah. Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

“Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

“Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus,” katanya. Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

“Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka,” katanya dalam satu sidang media hari ini. – MalaysiaKini

Beberapa pertemuan diadakan oleh jentera kempen bersama calon Galas Dr Zul di Kuala Lumpur,tawaran untuk mereka yang pulang akan dibayar bukanlah RM250 seperti yang dicanangkan sebenarnya mencecah RM500 hingga RM1000.

Wang yang dibelanjakan untuk rasuah mencecah ratusan ribu ringgit semata mata mahu membeli undi,PAS begitu bimbang jika yang keluar mengundi dibawah 80%,ini adalah satu usaha yang terdesak apabila sekarang ini sentimen penolakan kepada PAS amat tinggi.

Berdasarkan maklumat dalaman PAS,culaan terbaru PAS berada dikedudukan yang amat menyesakkan dada apabila hanya mendapat sokongan kurang dari 48%.Seluruh jentera PAS di gerakkan siang dan malam untuk berkempen.Adalah tidak mengejutkan jika mereka turut sama mengunakan khidmat GAMIS untuk sama sama berkempen untuk calon PAS.

Oleh kerana khawarij PAS yang merasuah maka secara otomatiknya dihalalkan,malah disambut baik pula oleh para penyokongnya tanpa rasa bersalah .Tidak ada pula yang menuduh ini adalah salah disisi agama Islam.

Inilah contoh tindak tanduk PAS yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat. Yang haram dihalalkan.Yang halal diharamkan.

Pisau kata “pok nik tak kata salah,kira ok la tu”

APA KATA PEMUDA PAS WANGSA MAJU (http://dppwm.blogspot.com)

Rasuah UMNO di Batu Sapi!!! SPR dan APRM buta ke???

Posted by Abu Nu’man Monday, November 1, 2010

BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada orang ramai yang menghadiri majlis makan anjuran pergerakan itu di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar, Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran,” kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid, pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN. – MK

APA KATA PINKTURTLE (http://pinkturtle2.wordpress.com)

900 aduan Umno rasuah…

MASYAALLAH apa ni UMNO? Sampai lebih 900 aduan rasuah politik. Boleh masuk Malaysian Book of Records ni. Mana pergi BPR? Takkan senyap kot. Ada beza-beza ke rasuah ni? Rasuah politik tak boleh siasat dan ambil tindakan ke? Oooo macam tu rupanya.

Inilah Malaysia negaraku. Rakyat pening dengan sistem pentadbiran negara. Sudah ada rasuah halal dan  rasuah haram. Kalau politik wang mungkin itu rasuah halal dan tidak boleh BPR siasat kerana UMNO kata itu kes dalaman. Walaupun melibatkan berjuta ringgit sebagaimana yang Ku Li dakwa hanya UMNO sahaja yang boleh ambil tindakan. BPR tiada kuasa dan tiada hak.

Lainlah kalau orang awam ada merasuah sesen dua, maka itu dianggap rasuah haram. jelasnya, apabila melibatkan pemimpin UMNO dan parti UMNO maka ianya halal.

Apakah rakyat tidak boleh berfikir lagi betapa jijiknya UMNO? Tolong fikirlah sekejap demi masa depan anak cucu kita. Jangan dibudayakan amalan ini sebagai suatu tradisi. Api neraka tidak mengenal siapa – UMNOkah atau orang yang menyokongnyakah?

Selamat bersidang sebelum Allah “persidangkan” kita semua.

http://manjanik.wordpress.com

APA KATA BULETINONLINE (http://www.buletinonline.net)

Pengambilan balik tanah ladang: Pmimpin UMNO tawar rasuah

Ladang, KUALA TERENGGANU  – Majlis Penjelasan Dasar Kerajaan Mengenai Pembangunan Semula Kampung Ladang di perkarangan Sekolah Kebangsaan Ladang, disini semalam, bertukar menjadi majlis tawar-menawar ‘rasuah’ kepada rakyat.

Tawaran ‘rasuah’ kepada penduduk terbabit dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang baru pulang menunaikan haji di Mekah, baru-baru ini.

Beliau yang turun selaku Menteri Besar kerajaan, diiringi oleh para pegawai termasuk Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Abdul Razak dan Dato’ Bandar Kuala Terengganu.

Namun tidak ada syiar kerajaan yang dipaparkan, sebaliknya berkibar sehelai bendera Umno di sisi pentas utama.

Tujuan Ahmad menawarkan ‘rasuah’ adalah untuk meredakan ‘kemarahan’ penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang terutama di Kampung Ladang Mengabang dan Ladang Tok Pelam.

Kedua-dua kampung berkenaan terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan dalam kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.

Ahmad menaburkan ‘janji politik’ tanpa hitam-putih ‘bercakap sedap’ dihadapan rakyat, bahawa kerajaan tidak ada masalah untuk memberi sewa-beli bagi perumahan di Flat Ladang Gemilang.

Sedangkan, pada Persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Terengganu Penggal Kedua yang baru selesai pada 23 hingga 25 Disember 2009, lalu kerajaan negeri belum bercadang ke arah itu.

Ketika itu, Ahmad menjawab soalan ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku, Flat Ladang Gemilang kekal statusnya, sewa selama-lamanya. Namun begitu, apabila berhadapan dengan kemarahan rakyat yang mahukan penjelasan kerajaan negeri pada malam semalam, lain pula ceritanya.

Bahkan, beliau sedia memberi ‘subsidi atau rasuah politik’ kepada penduduk Ladang bernilai sama dengan harga sebuah kereta Proton Saga hari ini.

Beliau berkata dihadapan ratusan penduduk yang ‘tidak buta mata’ dan ‘tidak pekak telinga’, kerajaan sedia memberi subsidi potongan harga flat tersebut sebanyak RM30,000 atau sama harga dengan sebuah kereta Proton Saga.

Ia jelas satu rasuah apabila tawaran subsidi RM30k itu dengan syarat, rakyat mesti memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Sebab, kata beliau setiap pemberian itu ada pembalasan dan konsep keadilan itulah yang diguna-pakainya baru ‘ADIL’.

“Saya beri jaminan bahawa subsidi yang akan kita (kerajaan) beri harganya lebih dari sebuah harga Proton Saga. Tapi kita tidak beri lagi sekarang ini dan kita kena tengok juga pilihan raya ini.

“Biasalah, memberi dan menerima. Main hendak sahaja beri tidak…beratlah kita (BN). Beri subsidi RM30,000 pun maki semacam tidak ada makna.

“Bila cakap parti sama sahaja antara Umno, PAS, KeADILan dan DAP sama sahaja. Sebab, dia (parti) yang mendapat undi dari penyokong.

“Begitu juga, bila kita (kerajaan) bagi wang ehsan kata kita (BN) tidak adil. Orang Umno boleh, orang PAS tidak boleh…tidak adil. Apa itu adil?, Adil ertinya ‘memberi’ dan ‘menerima’.

“Kita (Umno) beri hendak undi tapi jika tidak beri undi kepada kita (BN) buat apa kita (kerajaan) beri kepada dia (rakyat).

“Saya ingat masa kecil lagu ibu kita ayun buai, “ayun buai kokek, kokek ulu golok…hok dia lokek, hok orang hendak”.

“Ini hak orang hendak belaka, dana hendak, bantuan hendak, beri atap hendak, rumah PPRT hendak, seluar sekolah hendak, baju sekolah hendak, itu hendak, ini hendak…hendak belaka. Tapi kepada kita (BN) satu undi pun tidak beri…pakah (undi) dok,” jelasnya pada pertemuan tersebut.

Ahmad berkali-kali memberi peringatan kepada rakyat supaya jangan mendengar ‘hasutan’ pihak lain yang sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Auntuk kebaikan rakyat dan pembangunan untuk rakyat. Semua rakyat akan dapat menikmatinya tanpa mengira sama ada orang Umno, orang PAS, orang KeADILan (PKR), orang Semangat 46 atau orang DAP.

Kerajaan sedia beri apa sahaja kepada rakyat tetapi rakyat mesti sokong dan beri undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika tidak segala subsidi dan kemudahan kerajaan akan diberikan kepada orang lain.

“Tapi ingatlah…. Ingatlah saya kata. Tolong itu tolong juga ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’ dan bukan kita (kerajaan) ajak pergi berperang.

“Saya tidak pernah ajak pergi ‘perang’ atau pergi ‘menebas’. Bila mari pilihan raya undilah Barisan Nasional (BN). Kereta orang (BN) mari ambil sampai ke tangga pun payah juga.

“Jadi saya mintalah sungguh-sungguh. Kita minta sungguh-sungguh berilah kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.

Manakala, di akhir pertemuan itu beliau menyatakan tidak kisah ‘apa orang kata’ kepada Menteri Besar (MB) yang sedang dipikulnya hari ini.

“Saya tak ‘dok’ (tidak) hal ‘nok’ (hendak) kata Menteri Besar ‘bengong’ pun tak dok hal. MB Dok cerdik ke…tak dok hal..dok cerdik ked ok cerdiklah, asal jadi Menteri Besar sudahlah.

“Itu saya katakan tadi subsidi harga sebuah Proton Saga, jika menang Dun Ladang ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini lebih lagi dok tahu. Tapi kena menang dahululah jika hendak ‘murah’ (subsidi) lagi,” katanya.

++++++++++++

Hmmmm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: