Sultan Kedah murka kepada rakyat buta yang diketuai TPM Muhyidin Yasin dan Sharizat Jalil.

APA KATA BN.BONOLOGY (http://bn.bonology)

Pakatan Haprak Tak Peduli Mangsa Banjir,Tak Rela

Kedah dan Perlis tenggelam akibat banjir buruk,berpuluh ribu mangsa terpaksa dipindahkan.Rumah rumah dan harta benda rosak.

MB Besar Kedah semua orang tau yang dia serba tak tau menjadi buah mulut rakyat Kedah,kerana dikatakan tak tau ramai rakyat Kedah tidak menerima bantuan.Malah kalangan khawarij PAS turut tidak kelihatan untuk membantu.

Setakat ini Pisau hanya melihat NGO dan parti politik dari BN berkerja keras untuk membantu mangsa banjir. Umno melancarkan konvoi Sukarelawan Kelab Putra Umno ke Kedah dan Datuk Seri Razali Ibrahim turut sama menghantar sukarelawan BN yang disertai hampir seribu orang bertugas di merata ceruk kawasan banjir Kedah dan Perlis

Menurut sumber MCA turut bertungkus lumus membantu rakyat disekitar kawasan bandar Alor Setar dan kawasan berhampiran dengan memberikan bantuan makanan.

Dalam semua orang kesibukan menghantar ribuan sukarelawan,lain pula dengan pakatan haprak.Sudah sifat semulajadi hapraknya mereka mereka ini. Pemimpin mereka lebih sibuk berpolitik daripada membantu rakyat yang didalam kesusahan.

Contohnya 1,000 orang dikumpulkan bukannya untuk pergi ke utara menjadi sukarelawan,tetapi untuk menyaksikan persembahan lawak jenaka dan ceramah politik .

Mereka melancarkan kempen pilihanraya baru dinamakan BERSIH 2.0 di Dewan Sivik PJ,NGO pro pakatan! dan pem impin haprak lebih gemar duduk menghiburkan diri dan berpolitik daripada membantu rakyat yang dalam kesusahan. Nizar Jamaluddin.

Exco kerajaan Selangor Teresa Kok serta beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat seperti Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya).

Sepatutnya haprak haprak ini lancarkan Bersihkan rumah mangsa banjir bukan buat kempen Bersih pilihanraya,kenapa banggang sangat,kalau tak bersih pilihanraya 5 negeri tak tumbang pada PRU12 yang lepas.

Pisau kata “Guan Eng senarai hitam syarikat melayu?kononnya kaitan Umno?kenapa bukan Gerakan? RASIS”

Kedah:Dia Tak Tau Yang Kita Tau

from PISAU.NET by pisau

Popout

Ostat Zizan serba tak tau dah 2 tahun jadi MB kena la ambik tau semua hal didalam negeri Kedah.Jawapan dia senang,semua dia tak tau ,abih apa yang dia tau? Takkan Marka di KMC saja yang dia tau kot?

Pisau kata “yang dia tau nak tambah bini saja”

APA KATA DETIKDALIY (http://www.detikdaily.net0

Nafi sumbangan negeri, Sultan Kedah dukacita

Posted on Saturday, November 13 @ 23:18:01

ALOR SETAR,  Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

“Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

“Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

“Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini,” titah baginda.

Muhyiddin, Shahrizat didesak mohon maaf

Kenyataan Akhbar

Oleh  MOHD NASIR MUSTAFA: Posted on Friday, November 12 @ 07:42:29

PAS Kawasan Kuala Kedah telah mengerakkan bantuan banjir dalam DUN Anak Bukit dan DUN Kubang sejak dari hari pertama berlakunya banjir, YB NYDP Pas Kuala Kedah telah melakukan tinjauan awal pada 1 hb Nov 2010 ke SK Gunung sebagai Pusat Penempatan yang pertama dalam Kuala Kedah, susulan tinjauan tersebut sebuah Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan dengan diketuai oleh YB Naib YDP Pas Kawasan.

2.    Susulan penubuhan JK Bertindak, PAS Kawasan Kuala Kedah telah memusatkan bilik gerakannya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Anak Bukit, Alor Pial. Namun, pada 2 hb Nov Pusat yang sama juga telah dinaiki air yang menyebabkan pusat operasi terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS Kuala Kedah di Kubang Rotan, setelah Kubang Rotan juga dinaiki air, pusat operasi telah dipindahkan ke Batu 6, Kuala Kedah.

3.    Kepimpinan PAS Kuala Kedah diketuai oleh YDP (Dato’ Phahrolrazi), Timbalan YDP (Dato’ Amiruddin) dan Naib YDP (YB Nasir Mustafa) telah melakukan lawatan sambil menyampaikan sumbangan tanda ingat kepada mangsa-mangsa banjir di penempatan dan juga di jalanan sepanjang musibah ini berlaku.

4.    Pusat pemindahan dibawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuka seawal bencana ini menimpa. PAS Kawasan dan jentera pentadbiran lantikan politik (Ketua Kampung – MKK) telah memberi bantuan yang semaksima mungkin kepada pihak JKM dengan menempatkan ketua-ketua kampung dari kawasan yang tidak dinaiki air di Pusat Pemindahan.

5.    Sebagai menghormati konsep Federalisme, PAS Kawasan telah mengarahkan jenteranya untuk turut menghormati pentadbiran sekolah yang menjadi milik Kerajaan Persekutuan dengan tidak bertindak melainkan dengan pengetahuan dan keizinan pihak sekolah. Ini telah menyebabkan berlakunya penyelarasan yang baik antara Majlis Ketua Kampung (Kerajaan Negeri) dan JKKKP (Perseketuan) di banyak pusat pemindahan.

6.    Suasana yang harmoni dan sikap saling membantu ini telah dicemari dengan kenyataan tidak berfakta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang mengambarkan seolah-olah  Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS tidak melakukan sebarang tindakan untuk  membantu mangsa banjir, ini mengambarkan niat jahat dan juga bertujuan untuk mempolitikkan bantuan yang dihulurkan kepada mangsa dan juga mereka yang mendiami pusat pemindahan.

7.    Kenyataan seumpama ini bukan sahaja menyakiti pihak Kerajaan dan Parti, bahkan ia telah menguris hati  para pegawai pelbagai agensi negeri yang telah bertungkus lumus memberi bantuan  dan diberikan gambaran seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dan mereka hanya makan gaji buta.

8.    PAS Kuala Kedah mendesak YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk memohon maaf atas ketelanjuran kenyataan yang dikeluarkan sehingga menguris hati dan perasaan para pegawai Kerajaan yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka.

9.    Untuk mendapat data yang benar, pihak YAB TPM dan YB Menteri sepatutnya menghubungi pihak Bilik Gerakan Banjir negeri yang diketuai oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, bukan hanya mengambil data dari tepi jalan dan menghebahkannya dalam media perdana.

10.    Satu perkara yang biasa, dalam suasana banjir yang kebanyakan mangsanya berhadapan dengan tekanan perasaan, rasa tidak puas hati pasti akan ada serba sedikit. Amat menyedihkan apabila pihak media, khususnya TV3 telah mengambil kesempatan dengan tujuan untuk memburukkan PAS dan Kerajaan Negeri.

TV3 langsung tidak menghubungi pengurusan pusat atau pihak JKM untuk mendapat penjelasan lanjut. Berita mentah yang tidak dapat dikenal pasti puncanya telah diolah oleh TV3 untuk kononnya menunjukkan kegagalan pengurusan pusat pemidahan dan Kerajaan Negeri mengurus bencana ini.

11.    PAS Kuala Kedah melihat banyak pihak telah terlibat dalam membantu mangsa banjir, termasuk Badan Bukan Kerajaan (yang dapat dipastikan – IKRAM, JIM, ABIM, Budha shutzi dll), parti-parti politik, sukarelawan yang terdiri dari anak muda tanpa organisasi yang telah mengambil inisiatif mewujudkan pos kawalan bagi melancarkan laluan trafik dan pelbagai pihak yang terlibat.

Ini mengambarkan minat yang mendalam rakyat Malaysia untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana. Suasana mesra, muhibbah dan kasih sayang rakyat Malaysia ini seharusnya diraikan dan disokong oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, tetapi nampaknya ia telah “dicemari” dengan agenda politik “sempit” yang saling menyerang dalam suasana bencana ini.

12.    PAS Kuala Kedah merasakan bahawa nilai agama perlu diterapkan kedalam jiwa mangsa banjir, untuk itu PAS Kuala Kedah telah mengeluarkan Perutusan Takziah yang ditujukan kepada semua mangsa banjir bersama dengan bantuan yang diberikan kepada para mangsa. Menerima bencana sebagai satu proses “tarbiah – didikan” dari Tuhan dengan perasaan sabar dan mensyukuri nikmat yang telah banyak dikecapi telah diterapkan dalam risalah tersebut.

13.    Untuk proses selepas banjir, pihak PAS Kuala Kedah menyatakan komitmen untuk membantu mangsa banjir, PAS Kuala Kedah telah mendapatkan tenaga dari PAS Kawasan-kawasan dalam Negeri Kedah, PAS negeri lain dan juga Unit Amal untuk membantu mangsa banjir dalam operasi yang dikenali dengan “Ops Cuci Bersih”.

14.    PAS Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan penghargaan yang setingginya kepada Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Perseketuan, Parti Politik, NGO’s, Unit Amal dan sukarelawan banjir yang terlibat membantu sepanjang bencana ini berlaku, semoga segala amal usaha baik mereka diberkati Allah SWT.

YB Mohd Nasir Mustafa

Pengarah

Bilik Gerakan Banjir PAS Kuala Ke

++++++++++++++++++

Semakin ramai penderhaka di Malaysia ini. Tetapi memakai topeng pisau laaa, haprak laaa. Pengecut semuanya.

Muhyidin dan Shahrizat jika enggan memohon maaf, mereka adalah penderhaka kepada Sultan Kedah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: