Archive for the ‘Ada maksud buruk tersirat’ Category

Mengapa wajib lulus matapelajaran sejarah tidak matapelajaran agama Islam?

APA KATA BERITA HARIAN (http://www.bharian.com.my)

Sejarah wajib lulus 2013

2010/10/24

KUALA LUMPUR: Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata syarat wajib lulus itu seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat mendapat SPM.

Sambil menjelaskan keputusan Kementerian Pelajaran itu selaras pandangan sebahagian besar perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, beliau berkata, Sejarah ketika ini mata pelajaran teras pada peringkat sekolah menengah yang wajib diambil semua pelajar tetapi tidak wajib lulus.

“Kita kena beri masa sedikit bagi mengelakkan terkejut. Tempoh diperlukan untuk kita melatih guru dan menyediakan pelajar menghadapi sistem baru ini,” katanya ketika menggulung perbahasan, semalam.

Dalam konteks sama, Muhyiddin berkata, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini.

Katanya, KSSR dilaksanakan dari Tahun Satu mulai tahun depan, diikuti Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016.

“Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan secara hands-on learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang menyeronokkan,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian juga bersetuju memulakan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah pada 2014 menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan, iaitu dua tahun lebih awal berbanding perancangan asal.

Beliau juga bersetuju kemungkinan satu laporan baru dikeluarkan mengenai cara menambah baik keseluruhan sistem pendidikan negara pada masa depan, sebagai langkah penilaian semula secara berterusan.

Mengenai pendidikan teknik dan vokasional (VOCTECH), Muhyiddin berkata, ketika ini hanya kira-kira 10 peratus atau 40,706 daripada keseluruhan pelajar mengambil bidang itu.

Beliau berkata, sasaran ditetapkan Kementerian Pelajaran ialah meningkatkan bilangan itu sekali ganda iaitu kepada 20 peratus (81,000 pelajar) menjelang 2015.

Mengenai kebajikan guru, Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju peruntukan RM10 juta diberi kepada Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Bagi menjaga kebajikan guru, Yayasan Guru Tun Hussein Onn ditubuhkan dijangka awal tahun depan.

APA KATA SAIFULMERAHS (http://saifulmerahs.blogspot.com)

Wajib lulus Sejarah, sejarah yang merapu

Mengapa tidak matapelajaran agama Islam?

Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.

Keropok Lekor

Terengganu.

+++++++++++++

Pasti ada sesuatu yang tersirat.

UMNO mahukan Ku Li setelah Ku Li dicerca nista dalam kes royalti minyak.

APA KATA BERITA HARIAN (http://www.bharian.com.my)

PAS takut Ku Li dipilih calon DUN Galas

2010/10/04

GUA MUSANG: Pemimpin PAS diibaratkan `cacing kepanasan’ apabila mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) dengan mempersoalkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razeligh Hamzah tidak layak menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah, berkata pemimpin PAS sepatutnya menumpu perhatian kepada pemilihan calon parti itu yang kini berhadapan masalah kerana ketandusan calon tempatan untuk bertanding.

“Pemimpin PAS seolah-olah tidak yakin dengan perjuangannya sendiri dan ingin mengajar UMNO serta BN supaya tidak melantik Ku Li (Tengku Razaleigh) menjadi calon DUN Galas pada pilihan raya kecil itu,” katanya ketika ditemui di Bandar Ciku, dekat sini, petang semalam.

Nozula yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, berkata niat pemimpin PAS yang membuat kenyataan tidak berasas itu hanya untuk mendapat simpati rakyat kawasan DUN Galas supaya menyokongnya.

Katanya, mereka terpaksa membuat pelbagai spekulasi dalam usaha melemahkan jentera UMNO, sedangkan hakikat sebenarnya mereka takut berdepan dengan calon BN berikutan kawasan itu lubuk kuat UMNO di Kelantan.

“Jika PAS rasa hendak kalah, lebih baik menarik diri lebih awal sebelum hari penamaan calon. Ku Li lebih bijak serta berpengalaman dalam menghadapi pilihan raya dan sebab itu diberi kepercayaan sebagai pengarah pilihan raya BN DUN Galas,” katanya.

Sementara itu, jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas mula digerakkan dengan membuka bilik gerakan serta memasang bendera, walaupun Suruhan Pilihan Raya (SPR) belum membuat sebarang pengumuman mengenai hari penamaan calon.

Timbalan Ketua UMNO cawangan Kampung Tiong Baru, Roslan Rashid, berkata bilik gerakan dibuka sejak empat hari lalu, selain program gotong-royong diadakan bagi membersihkan balai raya sebagai pusat mesyuarat dan pertemuan.

“Ahli UMNO cawangan ini beramai-ramai memasang bendera BN supaya nampak lebih bersemangat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya.

Roslan berkata, sebelum Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh pulang dari London, lebih baik jentera peringkat bawahan membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

APA KATA DETIKDAILY (http://www.detikdaily.net)

Selamat pulang Ku Li

Oleh Sakmongkol AK47: Posted on Wednesday, October 06 @ 00:05:31

Ku Li — bade kuat, serupo gagah.Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia Ku Li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.

Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat Umno yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam Umno.

Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UmnoKelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.

Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-Umno. Perangai Umno yang ‘second nature’ ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan Umno yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan Umno.

Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin Umno yang hampir di pecat dari Umno. Hampir semua warga Umno menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti Umno.

Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang Umno. Orang Umno bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 Umno?

Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi Umno. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.

Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah Umno boleh menang jika Tengku Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.

Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka Umno. Dan Umno hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden Umno, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.

Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti Umno kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.

Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh Umno yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang Umno mempunyai maruah. Si mamat Umno yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.

Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.

Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada Umno iaitu Umno yang di lihat sebagai suatu ideal dan Umno yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sebagai sorang yang setia kepaa Umno, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti Umno. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika Umno di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royalty, maka saya rasa siapa pun calun BN/Umno di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.

Dalam keadaan Umno kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa Umno akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan Umno pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan Umno meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.

+++++++++++++

Ku Li akan bermasalah jika dia menjadi calun. Kerana sebelum ini Ku Li menyokong PAS dalam tuntutan royalti. Menerima pencalunan bermakna Ku Li UMNO memang sedia lehernya untuk disepit.