Archive for the ‘Apabila yang Arif menggerakkan pena.’ Category

Perlantikan SUK kerajaan negeri Selangor: Kuasa kerajaan negeri.

Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.

“Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar,” katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

“Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasasultan yang menjadi pemutus. kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan tan sri khalid adalah betul,” katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

“Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultanperlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu,Sultan harus mendengar nasihat menteri besar,” katanya.

“Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan,” katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangormengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

“Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak adamasalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini,” katanya lagi. – tvselangor.

++++++++++++

Sumber: http://www.detikdaily.net

Mufti Perlis bela Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari fitnah pluralism.

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz

Dis 15, 10 8:22pm

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

“Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam,” katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: “Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

“Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati,” tambahnya.

“Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme,” tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

“Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106″Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme,” katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?

“Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

“Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

“Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

“Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat,” katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

“(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka,” katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

“Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka,” tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

“Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

“Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik,” tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

“Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

“Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini,” tegasnya.

Sumber: http:Malaysiakini.com

++++++++++++

Puralism ialah mencampur adukkan agama-agama menjadi satu dan berkata semua agama adalah sama.

Inipun ada ahli yang mengaku akademik tak faham.

Tak faham atau cuba buat-buat tak faham atas kepentingan perut?