Archive for the ‘Apabila yang Arif menggerakkan pena.’ Category

Islam selamat, TPM Cina bukan isu.

Oleh Dr Abdul Aziz Bari: Posted on Monday, December 06 @ 04:55:36

Saya sudah banyak kali menjelaskan peruntukan undang-undang tentang jawatan Perdana Menteri dan isu kaum. Sebab itu ia tak perlu diperkatakan lagi. Ia sudah jelas.

Ketika ditanya media, saya menyatakan oleh kerana undang-undang sebagaimana dipaparkan perlembagaan sudah jelas, apa yang perlu ditekankan sekarang ialah mengapa ia begitu. Saya menyebut soal masa depan Islam dan Melayu tidak berbangkit kerana soal-soal itu adalah bidang kuasa raja-raja, bukan politik

Malangnya oleh kerana soal-soal itu telah dirampas orang politik, maka bidang kuasa itu tidak kelihatan lagi. Raja-raja hanya muncul sekali-sekala membuat kenyataan. Malangnya ada kenyataan yang menyasar dan hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja. Oleh sebab itu rakyat biasa tidak nampak kepentingan raja-raja.

Lebih malang lagi ada yang memasukkan sisi Islam ke situ: mereka melihat betapa kedudukan Melayu sebagai Perdana Menteri penting di sisi Islam. Ini sebenarnya boleh dipersoalkan kerana yang meneruskan peranan khalifah ialah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja, bukan Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri. Sebab itu orang Pas, apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan yang Lim Kit Siang boleh jadi Timbalan Perdana Menteri, ada yang gelisah.

Kita kena lihat prinsip dan peruntukan. Ini kerana apabila saya sebut bahawa yang meneruskan peranan khalifah itu ialah raja-raja ada yang sinikal. Ini saya faham kerana mereka melihat kebanyakan raja tidak mempunyai ciri khalifah itu. Tetapi kita harus sedar bahawa bukan semua sultan di bawah kerajaan Uthmaniah yang dianggap khilafah terakhir itu berperibadi seperti khalifah yang empat. Kita bicara soal kedudukan dan peranan, bukan soal peribadi. Masalah peribadi boleh diselesaikan dan diperbaiki. Orang Pas perlu ingat, kenyataan Nik Aziz itu bagus; khususnya apabila mereka kata Pas untuk semua.

Dalam senario itulah saya mengatakan, adalah lebih baik mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam yang menghormati perlembagaan daripada mempunyai Perdana Menteri Melayu yang meletakkan dirinya atas per-lembagaan. Kita sudah saksikan fenomena ini: apa yang berlaku di bawah pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang berakhir pada 2003 cukup jelas.

Apa yang ditunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang sejak Mac 2008 boleh dijadikan alasan. Apa yang penting dalam soal Islam dan Melayu ialah Raja-raja memainkan peranan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan. Saya sudah menjelaskan bahawa Islam, termasuk hudud dan qisas tidak dilarang perlembagaan. Sebab itu saya menegaskan, tidak ada salahnya mencuba menerima Perdana Menteri – dan bukan setakat Timbalan Perdana Menteri yang tidak disebut pun oleh Perlembagaan – bukan Islam.

UMNO membuat bising kerana hendak mengipas sentimen dan ketakutan orang Melayu yang miskin dan melarat. UMNO amat tertekan kerana isu-isu seperti membasmi rasuah, memperkasa ketelusan, pertanggungjawaban dan politik baru bukan isu mereka.

Selama 53 tahun ini apa yang UMNO buat untuk mempertahankan Islam dan Melayu? Saya tidak mengatakan mereka gagal terus. Secara adil saya fikir UMNO hanya dapat mencapai sekitar 40-50 peratus sahaja dan ini bukanlah pencapaian membanggakan. Sepatutnya Islam dan Melayu bukan lagi isu kerana ini semua telah pun diberikan kedudukan yang istimewa dalam perlembagaan. Siapa yang membatalkan peruntukan sekolah agama rakyat?

Siapa yang menentang pelaksanaan hudud dan bagaimana dengan soalan Lim Guan Eng tentang peruntukan saham untuk Bumiputera sebanyak RM53 bilion yang lesap itu?

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mengikut budaya politik UMNO yang menjadikan isu TPM isu penting. Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang, Anwar boleh membentuk Kabinet tanpa TPM. Ini kerana Kabinet bergerak secara kolektif. Sekiranya Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan yang baru terpaksa dilantik ia bukan masalah besar. Kata orang, satu pergi 10 datang. Siapa yang tidak mahu jadi Perdana Menteri?

Dalam keadaan seperti itu, satu mekanisme boleh dibuat untuk memilih pemimpin kerajaan yang baru. Saya fikir Ahli-ahli Parlimen Pakatan cukup bijak dan matang. Mereka tidak akan bergaduh merebut jawatan sehingga kapal karam. Kalau itu berlaku pun kita tidak akan ketandusan Perdana Menteri kerana parti lawan pasti akan mengemukakan calon alternatif. Jadi apa masalahnya?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun

Sumber: http://www.detikdaily.net

Jangan mengikut Zaid sinyamuk, PKR dibakar.

Khas Buat Ahli PKR : Jangan Bakar Kelambu.

Posted on Friday, November 12 @ 19:06:24 PST by paktam

“Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup Rapat Anak Muda berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan “tidak mengikut rentak orang luar.”

“Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)”(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatan dia supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus.

Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.

“Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah.

Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.

Tambahnya, PKR perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini “dengan berani.”

++++++++++++++

Bertindak setelah berfikir, bukan berfikir setelah bertindan.

Sumber: Detikdaily.net